MPOB sasar perluas saiz pasaran – Menteri

Menteri Perusahaan Perdagangan dan Komoditi, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (tengah) ketika sidang media di ibu pejabat Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pada 12 Mac. Sumber foto: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC)
- Advertisement -

BANGI : Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mensasarkan akan memperluaskan saiz pasaran sawit ke seluruh negara dan tidak hanya bergantung pada pasaran yang sedia ada.

- Advertisement -

Demikian kata Menteri Perusahaan Perdagangan dan Komoditi, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali pada sidang media di Ibu Pejabat MPOB di sini hari ini.

Menurut beliau, kerajaan bakal mengambil langkah dalam memperkasakan dan nemperluaskan hala tuju pasaran sawit ke seluruh dunia ianya termasuk ke Negara Afrika, Timur Tengah dan negara-negara lain.

Dalam pada itu, beliau menegaskan sawit merupakan satu kurniaan yang besar pada manusia dan dunia.

Sehubungan itu katanya adalah menjadi kewajipan untuk berkongsi kebaikan sawit ke seluruh ummat dunia.

Tambahnya lagi, Malaysia turut mensasarkan bagi membesarkan lagi saiz pengeluaran sawit dan saiz ladang yang mana pada hari ini hanya terdapat sekitar enam juta hektar dan jumlah pengeluaran hanya sekitar 20 juta tan.

Justeru itu katanya, penting dan hebatnya agensi MPOB bukan sahaja untuk negara malah untuk dunia.

Beliau yakin Malaysia merupakan antara negara yang paling berpengalaman dalam dunia sawit yang mana generasinya bermula sejak hampir seratus tiga tahun yang lalu.

Malah katanya Malaysia juga memiliki pemikir dan badan yang hebat serta memenuhi rangkaian di seluruh dunia.

Sebelum ini, India yang merupakan pengguna minyak masak terbesar dunia melakukan sekatan ke atas pembelian minyak sawit dari Malaysia tahun ini selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik dasar baharu New Delhi ke atas Kashmir. – HARAKAHDAILY 12/3/2020

- Advertisement -