‘Mesej’ dari Mesyuarat Kabinet pertama

- Advertisement -

MELIHAT riak wajah berdasarkan gambar mesyuarat pertama Jemaah Menteri yang baru, serta reaksi wajah dan respons Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke-8 (YAB PM8) Tan Sri Muhyiddin ketika sidang media sejurus selepas tamat mesyuarat, terdapat 3 mesej yang tersirat;

Mesej 1:

Mesyuarat Jemaah Menteri berlangsung dengan penuh harmoni, damai dan segar.

Harmoni kerana tiada ahli Kabinet yang menyanggah Perdana Menteri seperti yang dilaporkan sebelum ini. Damai kerana tiada perbalahan dalaman atau desakan supaya PM letak jawatan. Segar kerana masing-masing mempunyai semangat dan aspirasi tinggi untuk memulihkan negara.

- Advertisement -

Mesej 2:

YAB PM dapat memimpin dan menguasai pasukannya.

Perkara ini dapat dilihat ketika sesi soal jawab antara wartawan dengan YAB PM. YAB PM memberi respons dengan menyatakan keputusan mesyuarat yang telah memberikan mandat atau arahan kepada Menteri tertentu untuk melaksanakan tugasan-tugasan penting yang mustahak bagi menangani isu COVID19 dan kelembapan ekonomi.

Respons tersebut diiringi dengan gerak badan dan lirikan mata beliau ke arah Menteri yang berkenaan. Bahasa badan (body language) begini biasanya hanya dapat dipamerkan oleh seorang ketua yang dapat menguasai pasukan.

Mesej 3:

YAB PM mengutamakan politik damai dan menyelamat, mengenepikan politik permusuhan dan dendam.

Perkara ini jelas terpamer ketika YAB PM menjawab soalan wartawan mengenai hubungannya dengan Tun Dr Mahathir (Tun M).

Beliau secara jujur menyatakan isi kandungan surat peribadinya kepada Tun M; menyatakan permohonan maaf jika Tun M tersinggung; menyatakan hasrat untuk bertemu mata pada bila-bila masa di mana sahaja; menyanjung pemikiran dan jasa Tun M sebelum ini untuk membina negara.

Nada YAB PM ini sama seperti nada YB Tuan Guru Presiden PAS yang turut menyanjung Tun M atas jasa-jasa beliau.

Selain itu, YAB PM juga dilihat menggunakan laras bahasa yang ‘moving foward’ untuk memajukan negara. Beliau tidak menggunakan laras bahasa yang bersifat ‘pointing finger’ atau menyalahkan sesiapa. Jauh berbeza dengan mereka yang terdahulu.

Alhamdulillah, nampaknya ‘Budaya Politik Matang Sejahtera’ makin dijiwai oleh pemimpin dan rakyat! Moga kerajaan ini diberkati dan diredhai Allah.

AFNAN HAMIMI – HARAKAHDAILY 12/3/2020

- Advertisement -