Menteri sangkal laporan Malaysiakini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Alam Sekitar, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menyangkal laporan Malaysiakini bertajuk, ‘Tuan Ibrahim Pertahan Pembalakan di Kelantan’.

- Advertisement -

Memetik kenyataan rasmi Kementerian Alam Sekitar, pihaknya menegaskan bahawa laporan tersebut tidak tepat.

“Kementerian ingin menegaskan, aktiviti pembalakan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.

“Kementerian Alam Sekitar sebagai agensi yang menerajui isu-isu alam sekitar dan biodiversiti akan terus melaksanakan aktiviti pemuliharaan, pemeliharaan dan perlindungan khazanah semulajadi negara.

“Selaras dengan dengan dasar-dasar serta undang-undang sedia ada,” kata Kementerian Alam Sekitar seperti dipetik dalam kenyataan rasmi di sini, hari ini.

Demikian itu katanya, pemantauan dan penguatkuasaan akan terus ditingkatkan malah kerajaan tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan ke atas mana-mana pihak yang menjalankan kegiatan dan aktiviti bertentangan dengan undang-undang negara.

Seterusnya, Kementerian terbabit berhasrat mengadakan perbincangan bersama kerajaan-kerajaan negeri dan pihak berkepentingan bagi menyusun strategi untuk mendepani isu alam sekitar dan biodiversiti.

Dalam sidang media pertama Tuan Ibrahim sebagai Menteri Alam Sekitar yang berlangsung semalam di pejabat kementeriannya, beliau menyatakan komitmennya untuk meneruskan Pelan Hala Tuju Malaysia ke Arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030 berkuatkuasa sepenuhnya pada tahun 2022.

Beliau juga berhasrat menyemak semula Dasar Alam Sekitar Negara 2002 susulan perkembangan baharu dalam isu alam sekitar dan perubahan iklim.

Tuan Ibrahim menyandarkan prestasi KPI beliau untuk tahun ini dengan menyasarkan usaha di bawah kementeriannya memelihara dan memulihara sumber air, terutama sungai. – HARAKAHDAILY 12/3/2020

- Advertisement -