Covid-19: PAS Kelantan tangguh semua program parti

Dato' Che Abdullah ketika disambut oleh pimpinan PAS kawasan Tumpat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa kira-kira 6.10 petang tadi
- Advertisement -

PENGKALAN CHEPA: PAS Kelantan menangguhkan sementara program dan aktiviti yang berkaitan parti itu sama ada anjuran di peringkat negeri, kawasan atau cawangan berikutan penularan Covid-19.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, larangan itu akan kekal sehingga tempoh yang akan diberitahu kelak.

Beliau yang juga Timbalan Menteri (II) Pertanian dan Industri Makanan berkata demikian ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini hari ini.

- Advertisement -

Kepulangannya bersama isteri, Datin Saliha Yaakub disambut Anggota Jawatankuasa PAS peringkat kawasan Tumpat, kakitangan Pusat Ahli Parlimen dan Pemuda PAS Kawasan Tumpat.

Beliau berkata, penangguhan itu dikeluarkan susulan surat arahan daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan berikutan perkembangan semasa berkaitan penularan Covid-19 di negara itu.

Che Abdullah berkata, berikutan perkembangan itu pihaknya mengambil keputusan untuk menangguhkan kesemua program dan aktiviti anjuran parti.

“Antara program yang diarahkan untuk ditangguhkan seperti mesyuarat agong PAS kawasan dan dewan-dewan kawasan.

“Taklimat khas isu semasa dan semua program yang melibatkan keramaian dan ceramah terbuka,” ujarnya.

Jelasnya, arahan tersebut berkuat kuasa serta merta sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.– HARAKAHDAILY 12/3/2020

- Advertisement -