Covid-19: Menteri seru Khutbah Jumaat dipendekkan

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Hal Ehwal Agama, Dato’ Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri meletakkan beberapa panduan untuk Solat Jumaat berikutan status COVID-19 terkini.

Menurut Dr Zulkfli, sekiranya wabak masih terkawal menurut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), solat jumaat mesti diteruskan dengan beberapa saranan seperti memendekkan Khutbah Jumaat, mengambil wudhu’ di rumah masing-masing, dan pihak masjid perlu menyediakan cecair pembasmi kuman serta penutup mulut sebagai langkah pencegahan.

- Advertisement -

Bagaimanapun, menurut Dr Zulkifli, mereka yang mempunyai simptom-simptom jangkitan, tidak perlu hadir Solat Jumaat kerana tergolong dalam golongan orang-orang yang sakit.

Mengulas lanjut, menurut Dr Zulkifli, sekiranya wabak COVID-19 merebak tanpa kawalan, solat Jumaat boleh dilakukan dirumah, namun wajib diganti dengan solat Zohor dirumah masing-masing.

Namun, beliau meletakkan garis panduan untuk melakukan sedemikian, ia hanyalah sekiranya larangan tersebut dikeluarkan oleh jabatan berautoriti seperti KKM, dan sekiranya wabak menunjukkan ramai mangsa COVID-19 positif di penempatan berkaitan. – HARAKAHDAILY 12/3/2020

- Advertisement -