Anugerah menang berkat kesabaran, adanya ulamak

- Advertisement -

TAMBUN: Selama tempoh 22 bulan kesungguhan, keberanian, ketakwaan dan kekuatan PAS diuji untuk menghadapi ‘karenah’ Kerajaan Pakatan Harapan dan kini berkat kesabaran dan usaha itu, PH jatuh di tangan mereka sendiri.

- Advertisement -

Aktivis PAS, Ustaz Sharkawi Ishak mengulas demikian di program Bicara Baldatun Toyyibatun Warabbun Ghafur anjuran PAS cawangan Taman Meru 2C  di Pusat Tarbiyah PAS Taman Meru, di sini baru-baru ini.

“Murka Allah turun bila kita dijajah oleh DAP namun apabila naiknya kerajaan baharu yang berjiwa Islam, alhamdulillah rahmat Allah turun bila DAP jatuh. Berkatnya menambah kebaikan kepada rakyat. Kita seronok kerana yang jatuh adalah kebatilan, yang naik adalah kebenaran.

“Rahmat Allah turun kerana negara kita dipimpin oleh golongan yang ada di dalamnya ulamak pewaris Nabi. Rakyat akan bahagia kerana Allah akan buka pintu kurniaan yang besar. Akan datang pasti bertambah keberkatan yang dapat dirasai oleh rakyat Malaysia,” terang beliau.

Tambahnya, segolongan umat Islam yang menghasut rakyat dan menuduh Kerajaan Perikatan Nasional sebagai kerajaan pintu belakang layak digelar golongan penderhaka kerana mandat kerajaan hari ini merupaka daripada Yang di-Pertuan Agong.

Ustaz Sharkawi menerangkan, Yang di-Pertuan Agong yang berperanan menjaga bangsa dan agama dalam sesebuah negara merupakan wasilah daripada sistem Khilafah Islamiyah yang digunakan dalam pentadbiran negara Islam.

“Dalam Perlembagaan menyatakan bahawa YDPA, atas budi bicaranya boleh memilih dan mengangkat Perdana Menteri dan juga boleh memilih untuk membubar Parlimen ataupun tidak. Itu bidang kuasa YDPA.

“Sebenarnya golongan yang menuduh kerajaan baharu ini melanggar demokrasi adalah golongan yang tak faham Perlembagaan. Kalau kamu (musuh) tuduh (kerajaan) juga, PDRM boleh mengambil tindakan kerana kamu adalah penderhaka yang menghina YDPA,” selar beliau.

Oleh hal sedemikian serunya, ahli PAS hendaklah memperluas medium penerangan kepada seluruh masyarakat dan rakyat bagi menangkis serangan musuh agar masing-masing memahami tindakan YDPA termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Menjelaskan reaksi segelintir pemimpin PH yang menyatakan sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional, Ustaz Sharkawi menegaskan ia amat dialu-alukan, namun setiap perbicaraan yang dimiliki mereka tetap perlu terus diambil tindakan.

“Kalau kita nampak kemenangan ini sebagai anugerah Allah, maka (pastinya) kita akan gunakan untuk menegakkan syariat Allah, namun jika ia diraih atas kepentingan peribadi, maka inilah (kerosakan) yang akan berlaku,” pesan beliau. – HARAKAHDAILY 12/3/2020

- Advertisement -