Tubuh Tabung Covid-19 bantu rakyat – PM

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah menubuhkan Tabung Covid-19 untuk membantu rakyat yang tidak dapat bekerja disebabkan terjejas selepas dikuarantinkan angkara wabak Covid-19.

- Advertisement -

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebanyak RM1 juta dana diperuntukkan sebagai permulaan pelancaran tabung tersebut.

Katanya, orang semua pihak dan orang ramai disarankan menyumbang kepada tabung berkenaan yang pastinya akan diagihkan semula kepada pihak yang memerlukan.

Sementara itu, kerajaan melalui Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba, memutuskan untuk membuat sekatan perjalnaan sepenuhnya keapda rakyat Iran, Itali, Republik Korea, serta warganegara asing yang datang dari negara-negara berkaitan daripada memasuki Malaysia atau transit di mana-mana Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) berkuatkuasa 13 Mac ini.

Setakat jam 4.30 petang hari ini, kes melibatkan Covid-19 mencecah 119,292 kes diseluruh dunia dengan kematian 4,300 mangsa.

Bagaimanapun, 66,582 mangsa Covid-19 disahkan sembuh sepenuhnya dan kes aktif bagi wabak tersebut adalah 48,410 kes.

HARAKAHDAILY 11/3/2020

- Advertisement -