Sukan juga lahirkan Mukmin yang taat

- Advertisement -

TAIPING: Penyertaan anak-anak dalam aktiviti sukan bukan semata-mata mengejar kejayaan nombor satu atau menjadi juara sahaja, tetapi lebih besar daripada itu adalah mendidik mereka menjadi Mukmin yang mentaati perintah Allah S.W.T.

- Advertisement -

Ketua Pengarah Jabatan SRITI Malaysia, Ustaz Mohd Azam Abd Samat berkata, penting untul difahami bahawa menjadi Mukmin yang sihat itu adalah perintah daripada Allah S.W.T dan dituntut oleh Rasulullah S.A.W.

“Kita harap guru-guru dapat terapkan kepada murid-murid bahawa aktiviti sukan adalah salah satu daripada ibadah yang diperintah Allah S.W.T untuk sihat.

“Moga Allah mempermudah segala urusan yang akhirnya berjaya melahirkan anak pintar soleh dan akan mendaulatkan Islam dalam negara kita pada masa hadapan,” ujar.

Beliau yang juga ADUN Sungai Limau, Kedah berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dan menyempurnakan perasmian Temasya Sukan SRITI Negeri Perak 2020 di Kompleks TM, Taiping di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Sektor Pendidikan Pemuda PAS Perak, Ustaz Mohd Adil Fadzil berkata kejayaan melaksanakan program pada kali ini adalah kerjasama dan komitmen tinggi semua pihak khususnya para guru dan sokongan ibu bapa.

Temasya Sukan SRITI Perak kali ketiga ini disertai semua 21 SRITI seluruh negeri menampilkan empat acara dipertandingkan, memanah, olahraga, bola sepak dan bola jaring.

Turut hadir ialah Pengarah SRITI Perak, Ustaz Muhammad Zulfadli Zainal, Yang DiPertua PAS Kawasan Taiping, Ustaz Saidin Md Hasnam dan Bukit Gantang, Ustaz Muhammad Faisal Abd Rahman. – HARAKAHDAILY 11/3/2020

- Advertisement -