Solat hajat iringi Kak Lah masuk pejabat KPWKM

- Advertisement -

PUTRAJAYA : Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff (Kak Lah) telah melapor diri di pejabat Kementerian tepat jam 10 pagi tadi dengan langkahnya didahului solat hajat bersama kakitangan kementerian.

- Advertisement -

Pengarah KPWKM, Ketua Setiausaha Dato’ Junaidah Kamarruddin, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Dr Hishamuddin Mohd Hashim, Timbalan Ketua Operasi, Puan Anis Rizana Mohd Zainuddin dan pegawai-pegawai kanan kementerian menyambut Dato Zailah di lobi Kementerian KPWKM.

Sebelum beliau ‘punch card’, pihak kementerian telah melakukan pemeriksaan suhu badan untuk mengesan Covid 19.

Usai ‘punch card’ dan naik ke tingkat 37 iaitu pejabat Kementerian KPWKM. Sebelum itu, beliau bersama kepimpinan tertinggi KPWKM menunaikan solat hajat di imamkan oleh ustaz Mohd Zaid Jumali.

Beliau bersama kepimpinan KPWKM dibawa masuk ke biliknya.

Turut mengiringi beliau AJK PAS Pusat, Dr Halimah Ali; Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr Rosni Adam; Exco DMPM, Kintan Man serta beberapa AJK lain.

HARAKAHDAILY 11/3/2020


Sent from Fast notepad

- Advertisement -