Menteri ditapis polis, SPRM dahulu

- Advertisement -

HANYA pemimpin yang bersih dan berwibawa rasa bertanggungjawab menyerahkan calon kabinetnya ditapis dahulu oleh polis dan SPRM.

- Advertisement -

Apabila Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berjiwa besar berbuat demikian, tentulah dia juga sedia menyerahkan namanya untuk disemak, kerana manusia itu tidak sunyi dari kelemahan. Kelemahan seseorang kadang-kadang tidak disedarinya sendiri. Orang lain nampak kelemahan kita.

Polis dan SPRM diterima sebagai institusi yang boleh membuat laporan adil, apa kelemahan dibenar memegang jawatan awam dan apa yang tidak dibenarkan. Pemimpin yang jujur seperti Abu Bakar As-Siddiq menolak dahulu pencalonan jadi khalifah dengan andaian, beliau bukan orang yang terbaik.

Sifat ini diwarisi oleh Khalifah al-Rasyidin termasuk Umar Abdul Aziz. Moga-moga MP Muhyiddin dapat mencontohi yang terbaik dari pimpinan Islam itu. Jika Muhydin menyerahkan calon kabinetnya untuk ditapis, dia jug sedia namanya disemak. Umar al-Khattab bimbang akan kebersihannya lalu bertanya penyimpan fail rahsia munafik, Huzaifah Ibni Yaman apakah namanya tersenarai. Huzaifah enggan membocorkannya.

Jika PM sebelum ini menyerah nama kabinetnya untuk ditapis, nescaya tidaklah jenayah itu ada dalam siri kerajaan lama sahaja, bahkan bersih belaka kabinet PH. Justeru tapisan tidak jadi amalan, dapat yang kotor diseludupkan dalam kabinet. Lalu pandangan umum dapati sama sahaja yang dahulu dengan yang baru tumbang itu.

PM Muhyiddin sama dengan PM-PM terdahulu dikelilingi para penyokong yang jujur dan yang tidak. Tidaklah mudah baginya menapis sendiri ribuan penyokong itu. Faktor kemanusiaan menyelubungi pemilihan yang tidak tepat. Dia diingatkan agar jauhi anggota yang menjadi masalah kepadanya dan kepada kerajaan.

Dan orang pun tahu siapa yang elok dan tidak. Sekalipun PM itu pemilihan kabinet itu hak mutlak Perdana Menteri – ikut dia siapa dia mahu dan siapa dia tidak mahu, tetapi sekarang ini yang berkuasa jari-jari manusia. Maka hak Perdana Menteri itu tidaklah pengaruh Bendahara zaman Melaka dahulu.

Mahathir boleh angkat orang bermasalah jadi menteri, tetapi hari ini tindakan Mahathir itu ditakwil. Antara yang dicerca orang ialah memilihnya jadi menteri.

Muhyiddin ada pandangan sendiri tentang menterinya. Sekalipun tapisan itu diserahkan kepada polis dan SPRM, tetapi kata akhirnya padanya juga.

Dalam masa dia dalam keadaan terbuka mendengar pandangan umum tentang kabinetnya, memberi sedikit ruang kepada polis dan SPRM menyemak nama-nama yang disenaraikan, memang memberi kemudahan kepadanya menjauhkan orang-orang yang tidak dikhendaki itu.

Mungkin menyerahkan senarai itu kepada polis dan SPRM suatu yang tidak wajib di masa-masa lalu, tetapi mendapatkan pandangan polis cawangan khas bukan suatu yang asing sejak zaman Tunku lagi. Tetapi menjadikan amalan bertanya polis dan SPRM itu rupanya jadi tindakan yang popular dan disokong oleh semua.

Ia satu permulaan yang telus. Kita tidak usah fikir apa Muhyiddin fikir tentang keberadaan Najib dan Zahid dalam blok penyokong kerajaannya sekarang, tetapi Muhyiddin dipercayai cuba melakukan suatu yang lebih baik dari kerajaan PHnya dahulu.

Kabinetnya sekurang-kurang mendengar pandangan polis dan SPRM dahulu, tetapi Mahathir tidak buat. Akan tetapi kabinet Mahathir tidak pula sunyi dari cacat celanya.

- Advertisement -