Perikatan Nasional kukuh, kenyataan positif Mahathir

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Mohd Amar Abdullah ketika ditemui media selepas Mesyuarat Exco di Kota Darul Naim hari ini. Foto: Rizal Tahir
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamed berkaitan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu bertahan sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dianggap begitu positif terhadap kerajaan baharu.

- Advertisement -

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, kenyataan itu sangat positif sedangkan sebelum ini bekas Perdana Menteri terbabit agak negatif daripada sudut pandangan politiknya.

“Namun sekarang sudah ada ‘endorsement’. Jadi terima kasih saya ucapkan kepada Tun atas pandangannya itu,” katanya kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Exco di Kota Darul Naim hari ini.

Dr Mahathir pada wawancara bersama Sinar Harian semalam dilaporkan memberitahu bahawa beliau percaya kerajaan Perikatan Nasional mampu bertahan sehingga PRU-15 kerana mempunyai cukup sokongan di Dewan Rakyat.

Menurutnya penyokongnya semakin berkurangan apabila ramai ditawar menjadi anggota kabinet baharu. – HARAKAHDAILY 11/3/2020

- Advertisement -