Membina takwa pemimpin, negara dan rakyat

- Advertisement -

BAGAN SERAI: Aspek manusiawi mesti menjadi keutamaan pemimpin yang memegang tampuk kerajaan, selain menjaga hal ehwal kebajikan rakyat dan pembangunan negara, demikian pesan Yang DiPertua PAS Kawasan Bagan Serai, Ustaz Abdul Aziz Abdul Majid.

- Advertisement -

Iaitulah jelasnya, membimbing manusia ke tingkat ketakwaan yang akan sampai hingga kepada jalan syurga Allah S.W.T dengan menepati ciri-ciri ditetapkan-Nya, serta membawa nilai takwa itu masuk ke dalam menerajui urus tadbir pemerintahan negara.

“Seandainya perkara-perkara amar makruf nahi munkar dilaksanakan kepada rakyat oleh golongan pemerintah, maka sudah tentu rakyat lebih mudah untuk mendengar dan mengikut.

“Ia akan menjadi seperti sejarah dahulu, apabila Sultan Melaka memeluk Islam, maka seluruh rakyat jelata melakukan hal yang sama. Dengan mudah rakyat mengikut kerana pemerintah masa itu mahu kepada Islam,” terangnya.

Oleh itu serunya, pemimpin perlu lebih dahulu bertakwa kepada Allah, seterusnya dibawa dalam pemerintahan dan ke atas rakyat kerana tiada gunanya pembangunan dan kemajuan sekiranya rakyat jauh daripada mengingati Allah.

Sebaliknya kata beliau, pengajaran dapat dilihat daripada Kerajaan Pakatan Harapan yang musnah kerana tiada takwa di mana dibina dengan asas munkar dan tiada makruf hingga dalaman sendiri bergolak dan bergaduh lalu kerajaan runtuh tanpa ada pintu lagi.

Bersama berceramah dengan beliau adalah ADUN Selinsing, Mohd Nor Dawoo dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dato’ Seri Ahmad Maslan. – HARAKAHDAILY 11/3/2020

- Advertisement -