Laksana tugas, utuh tiang seri negara: Marzuk

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary buat pertama kalinya bertemu mata dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Dato' Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bagi membincangkan kerangka dan perjalanan Kementerian Agama- Sumber Foto : Twitter Dr Zulkifli
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berjanji untuk memartabatkan Islam sebagai agama Persekutuan di Malaysia.

Katanya, ia adalah satu tugas yang besar iaitu untuk membina keutuhan kepada tiang seri negara, iaitu memartabatkan Islam sebagai agama Persekutuan.

Selain itu, beliau turut berharap agar dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan untuk memelihara Islam di Malaysia, katanya ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi.

- Advertisement -

Beliau buat pertama kalinya pada hari ini bertemu mata dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bagi membincangkan kerangka dan perjalanan Kementerian Agama selepas ini.

Maklumat lengkap bagi kerangka tersebut akan dimaklumkan melalui sidang media esok oleh Dr Zulkifli selepas selesai menunaikan kewajipan Solat Fardhu Zohor di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Sementara itu, Ahmad Marzuk pada masa sama mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas kepercayaan beliau melantik dirinya sebagai sebahagian dari Kabinet Malaysia.– HARAKAHDAILY 11/3/2020

- Advertisement -