Semua Menteri, Timbalan selesai angkat sumpah

- Advertisement -

MENTERI dan Timbalan Menteri Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional (PN) selesai mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Melawati, Putrajaya, Selasa petang.

Upacara berlangsung di singgahsana kecil bermula kira-kira pukul 3 petang tadi.

Selepas itu, acara penyerahan surat cara pelantikan dan melafaz sumpah jawatan, sumpah taat setia dan sumpah menyimpan rahsia bagi menteri dijalankan secara berkumpulan.

Upacara itu turut disaksikan Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Mohd Yassin dan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

3:07 petang – Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sebagai menteri kanan- Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengetuai kumpulan pertama angkat sumpah. Diikuti;

Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Pertahanan)
Dato’ Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (Menteri Kewangan)
Dato’ Seri Fadhillah Yusof (Menteri kanan-Menteri Kerja Raya)
Dr Mohd Radzi Md Jidin (Menteri kanan-Menteri Pendidikan)
Dato’ Seri Ir Wee Ka Siong (Menteri Pengangkutan)
Dato’ Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Sabah Sarawak)

- Advertisement -

3:15 petang – Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Menteri Alam Sekitar mengepalai pusingan kedua angkat sumpah barisan menteri. Diikuti;

Dato’ Seri Saravanan A/L Murugan (Menteri Sumber Manusia),
Dato’ Seri Rina Mohd Harun (Menteri Wanita dan Keluarga),
Dato’ Dr Noraini Ahmad (Menteri Pengajian Tinggi),
Dato’ Seri Mohd Redhuan Md Yusof (Menteri Tugas Khas),
Dato’ Seri Dr Ronald Kiandee (Menteri Pertanian dan Industri Makanan),
Dato’ Seri Mustapa Mohamed (Menteri Ekonomi)

Mereka mengangkat sumpah jawatan dan menyimpan rahsia yang dipimpin oleh Tuan Ibrahim.

3:27 petang – Kumpulan ketiga diketuai oleh Dato’ Seri Hamzah Zainuddin (Menteri Dalam Negeri) diikuti;

Dato’ Seri Saifuddin Abdullah (Menteri Komunikasi dan Multimedia)
Zuraida Kamaruddin (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)
Dato’ Dr Abdul Latiff Ahmad (Menteri Pembangunan Luar Bandar)
Tan Sri Dato’ Seri Panglima Annuar Musa (Menteri Wilayah Persekutuan)
Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican (Menteri Belia dan Sukan)
Dato’ Dr Shamsul Anuar Nasarah (Menteri Tenaga dan Sumber Asli)

3:34 petang – Kumpulan keempat diketuai oleh Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien (Menteri Luar Negeri). Diikuti;

Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Menteri Sains Teknologi)
Dato’ Halimah Mohamed Sadique (Menteri Perpaduan Negara)
Dr Adham Baba (Menteri Kesihatan)
Alexander Nantalingi (Menteri Perdagangan Dalam Negeri)

3:41 petang – Kumpulan kelima diketuai oleh Dato’ Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi). Diikuti;

Dato’ Takiyuddin Hassan (Menteri Hal Ehwal Undang-undang)
Dato’ Seri Nancy Shukri (Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan)
Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri (Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi)
Dr Zulkifli Mohd Al-Bakri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Agama)

Barisan Timbalan Menteri

4:10 petang
Datin Mastura Yazid (Timbalan Menteri di-Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas)
Dato’ Seri Ahmad Hamzah (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan)
Dato’ Zahidi Zainul Abidin (Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia)
Dato’ Henry Sum Agong (Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar)
Dato’ Aaron Dagang (Timbalan Menteri Kesihatan)
Dato’ Hasbi Habibollah (Timbalan Menteri Penganggutan)

4:20 petang
Dato’ Hanifah Hajar Taib (Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
Dato’ Dr Jeffrey G.Kitinga (Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan)
Tuan Arthur Joseph KurupTimbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
Dato’ Siti Zailah Mohd Yusof (Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga)
Tuan Ahmad Marzuk Shaary (Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Dato’ Che Abdullah Mat Nawi (Timbalan Menteri Pertaniah dan Industri Makanan)

4:26 petang
Tuan Awang Solahudin Hashim (Timbalan Menteri Sumber Manusia)
Tuan Ahmad Amzad Hashim (Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi)
Dato’ Sri Wee Jeck Seng (Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi)
Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Timbalan Menteri Belia dan Sukan)
Senator Dato’ Dr Ahmad Masrizal Muhammad (Timbalan Menteri Alam Sekitar)
Dato’ Lim Ban Hong – Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Dato’ Dr Mah Hang Soon – Timbalan Menteri Pendidikan

HARAKAHDAILY 10/3/2020

- Advertisement -