KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) mengambil peluang menguasai kerajaan disebabkan PH meninggalkannya, dan ia dilakukan melalui pintu hadapan, bukan pintu belakang.
Menurut Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, kerajaan yang telah dijatuhkan mestilah diambil alih dengan sebab yang berlaku dalam kerajaan itu sendiri.
Katanya, kerja memecahkan belahkan PH dan usaha untuk menggulingkan Perdana Menteri dengan menekan beliau sehinggakan desakan tersebut dapat dilihat secara umum, dan ia tidak dilakukan oleh pihak luar.
Apa yang dilakukan pihak tersebut adalah untuk mengambil pemerintahan melalui atap rumah (PH), iaitu menebuk atap sesebuah rumah.
Melihat kepada usaha tidak murni pihak itu, maka PAS mengambil langkah untuk mengambil alih kerajaan dengan proses demokrasi dan mencontohi Sunnah Nabi SAW, iaitu menyatukan umat Islam dan menyatukan masyarakat majmuk.
Beliau berkata demikian ketika berucap didalam Perutusan Khas Presiden PAS sebentar tadi. – HARAKAHDAILY 10/3/2020