Muslimat adakan Ziarah Kasih ke PASTI Pasir Salak

- Advertisement -

PASIR SALAK: Lajnah Pendidikan Muslimat PAS Kawasan Pasir Salak telah mengadakan kunjungan ziarah ke 12 PASTI dalam meninjau perkembangan institusi pendidikan awal bagi kanak-kanak berumur 4, 5 dan 6 tahun itu.

- Advertisement -

Jelajah selama empat hari itu telah dipimpin sendiri Ketua Muslimat PAS Pasir Salak, Jamaliah Sudin melihat perkembangan prestasi anak-anak yang didedahkan dengan pembelajaran berteraskan Islam dalam membina sahsiah seorang Muslim.

Selain itu, lawatan ini juga sebagai mengikat ukhuwah dan kemesraan dengan para Muallimah PASTI yang sememangnya dikagumi atas kesabaran mendidik anak-anak dengan pelbagai karenah dan ragam.

Namun, sepertimana telah sedia diketahui umum, keberkesanan pendidikan di PASTI terzahir dari anak-anak yang menyerlah dalam membaca doa, bacaan Hadis dan surah, hafalan, selain asas mengenal huruf, nombor dan warna.

Jamaliah juga menyifatkan peranan dan kerjaya para Muallimah iti satu pengorbanan disebalik elaun diterima yang tidak seberapa, tetapi mencurahkan kasih sayang dan ilmu melebihi pensyarah di institut pengajian tinggi.

Turut serta dalam lawatan ini antaranya Pengerusi Lajnah Pendidikan dan Pengarah Pilihan Raya Muslimat PAS Pasir Salak, Rashidah Abd Aziz dan Zarina Zakaria. – HARAKAHDAILY 10/3/2020

- Advertisement -