Ijtimak suntik azam warga PASTI Tambun

- Advertisement -

TAMBUN: Saling membantu seperti satu keluarga, hadir program tarbiyah untuk menyubur kefahaman dan gerak kerja, menghormati kelebihan dan kekurangan masing-masing, serta disiplin dan budaya kerja yang baik mestilah menjadi intipati diri para pendidik.

- Advertisement -

Pesanan tersebut disenaraikan Ketua Pemuda PAS Kawasan Tambun, Ustaz Hafez Sabri pada Ijtimak PASTI Tambun yang dilangsungkan melibatkan seluruh warga PASTI pada majlis di SRITI Al-Istiqamah, Meru Raya, di sini baru-baru ini.

Tegasnya, semua nilai ukhuwah dan kualiti kerja itu penting demi kebersamaan untuk PASTI terus melangkah gagah, serta sama-sama komited untuk membantu jamaah yakni perjuangan PAS yang didukungi sebagai wadah Islam ini.

Jelas beliau, pengamalan dalam kalangan warga PASTI seperti digariskan itu penting agar dapat melaksanakan tugas dengan amanah dan bijaksana seperti berkhidmat mengikut peraturan-peraturan ditetapkan.

Beliau turut menyenaraikan kejayaan-kejayaan telah ditempa oleh PASTI Tambun yang memerlukan ia terus dipertahan dan digandakan di masa depan, selain juga peningkatan pelajar sebagai bukti kepercayaan masyarakat kepada institusi ini.

Sempena majlis ini juga Ustaz Hafez menyampaikan watikah pelantikan kepada semua Ahli Jawatankuasa PASTI, Pengurus-pengurus, termasuk para Sukarelawan Guru-guru Kanan atas komitmen mereka. – HARAKAHDAILY 10/3/2020

- Advertisement -