Azam tunai amanah demi negara dan ummah

- Advertisement -

SEBAGAIMANA yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang semalam, dengan limpah perkenan KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Jemaah Menteri telah dilantik seperti ditentukan oleh Perlembagaan.

- Advertisement -

Ini adalah Kerajaan Perikatan Nasional.

Saya telah dilantik memegang jawatan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, sebagai pembantu kepada YB Khairi Jamaluddin yang telah dilantik sebagai Menteri.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua. Semoga Allah S.W.T kurniakan kekuatan untuk saya tunaikan amanah yang berat ini.

Terima kasih kepada ibu bapa saya, Cikgu Haji Hashim Abdul Rahman dan Hajjah Fatimah Bahruni Deraman yang melahir, mendidik dan membesarkan saya sejak kecil. Tanpa doa restu ibu bapa saya apalah ertinya semua ini.

Terima kasih Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan saf kepimpinan PAS dan jemaah kita yang besar kerana telah memberikan keyakinan dan seluruh warga Kuala Terengganu yang memberikan dorongan dan sokongan.

Saya akan segera berhubung dengan Menteri saya, YB Khairi Jamaluddin untuk mendapatkan panduan selanjutnya serta membantu beliau dalam melaksanakan tugas memimpin Kementerian yang sangat penting ini demi kepentingan rakyat dan negara.

Saya juga dengan segera akan bertemu Ketua Setiausaha Kementerian dan pegawai pegawai kanan untuk mendapatkan kedudukan semasa, meneliti perkara dasar, perlaksanaan dan isu-isu berbangkit.

Menjadi hasrat saya untuk menjalinkan hubungan baik dengan semua pihak demi kebaikan negara.

Segala yang baik akan diteruskan dan kelemahan jika ada dirangka penambahbaikan dengan pendekatan yang mengambil kira pandangan semua di bawah kepimpinan YB Menteri.

Dengan hormatnya.

YB HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Ahli Parlimen Kuala Terengganu
10 Mac 2020 | 15 Rejab 1441 – HARAKAHDAILY 10/3/2020

- Advertisement -