Pembentukan kabinet, permulaan yang baik

- Advertisement -

SESUNGGUHNYA sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi dipercayai”. (Surah Al-Qasas: 26)

- Advertisement -

PAS manyambut baik dan mendukung sepenuhnya kepimpinan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri yang baharu diumumkan hari ini, demi membawa kebaikan kepada negara dan rakyat.

PAS menyifatkan pembentukan Kabinet ini dilakukan secara berhemat dengan mengambil kira aspek integriti dan kelayakan, serta keseimbangan di antara wilayah dan masyarakat majmuk untuk memastikan mutu perkhidmatan yang baik oleh pihak kerajaan.

PAS turut berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan oleh Perdana Menteri kepada kami dan akan berusaha untuk menunaikan kewajipan ini dengan pertolongan Allah, serta mengharapkan kerjasama daripada penjawat awam dan rakyat keseluruhannya.

PAS berikrar akan melaksanakan tanggungjawab ini dengan sebaiknya, dan bersedia untuk menerima pandangan positif daripada semua pihak, khususnya kalangan ahli akademik, profesional dan tokoh masyarakat yang berkebolehan untuk membantu membangunkan negara yang tercinta.

“Islam Memimpin Perpaduan”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

HARAKAHDAILY 9/3/2020

- Advertisement -