NGO R harap kerajaan bayar royalti Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Ketika hasil petroleum pertama dikeluarkan daripada perairan Kelantan pada 1992, negeri itu berada di blok pembangkang.

Presiden Pertubuhan R, Nazri Deraman berkata, bermula dari tarikh tersebut sehingga tarikh 1 Mac 2020 hak royalti petroleum dinafikan.

- Advertisement -

Katanya kedudukan sebagai pembangkang menyebabkan Kelantan dinafikan hak mendapatkan royalti petroleum.

Jelasnya, minyak tersebut dikeluarkan dari kawasan Blok PM303 (Medan Jerneh) di mana tiga suku berada di perairan Kelantan.

Presiden Pertubuhan R, Nazri Deraman

“Oleh itu selepas berlaku pertukaran kerajaan di peringkat pusat kepada kerajaan baharu di bawah gabungan Perikatan Nasional diharap memberi sinar baharu.

“Rakyat Kelantan berharap pembayaran royalti menjadi kenyataan dalam masa terdekat. Lagi pun kebanyakan isu teknikal sudah hampir selesai.

“Isu sempadan laut, penentuan telaga yang bertindih dan lain-lain yang berkaitan seharusnya tidak mengambil masa yang lama,” katanya di sini.

Menurutnya juga, rakyat Kelantan berharap kerajaan baharu di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin membayar royalti pertama dalam masa terdekat.

“Sekarang ‘moment’ terbaik kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan mengadakan rundingan bagi merealisasikan perjuangan rakyat Kelantan sejak perjanjian ditandatangani 45 tahun lepas,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 9/3/2020

- Advertisement -