Hari Wanita: Ibu Negara terus dicemari tuntutan Liberalis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ibu Negara terus dicemari dengan tuntutan golongan Liberal berkenaan kebebasan wanita, hak LGBT dan hak tubuh badan yang menyanggah ketetapan syarak sempena Hari Wanita, semalam.

- Advertisement -

Ketua Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, selaku rakyat Malaysia, mereka itu sepatutnya akur dan sedar bahawa negara ini ada Rukun Negara yang perlu dihormati.

“Setiap negara ada budaya dan adat resam masing-masing. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, perlu hormat hak bersama ini. Hidup akan dapat dikecapi dengan sejahtera oleh semua jika kita menghormati antara satu sama lain,” nasihatnya.

Media melaporkan, kumpulan dari beberapa NGO itu telah mempromosi gaya hidup bebas dan tuntutan berkaitan sempena Sambutan Hari Wanita dengan mengadakan perarakan dari Sogo ke Jalan Raja, semalam.

Tindakan cabul dan songsang diperjuangkan golongan ini secara terbuka dan tindakan perarakan tersebut kali pertama diadakan tahun lalu yang dilihat semakin berani dan agresif. – HARAKAHDAILY 9/3/2020

- Advertisement -