Bola tampar 4 penjuru DUN Hulu Kelang

- Advertisement -

GOMBAK: Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (DACS) Gombak dengan kerjasama Unit Kerja Jemaah (UKJ) DUN Hulu Kelang telah mengadakan pertandingan mini sukan bola tampar 4 Penjuru peringkat Hulu Kelang di Padang Bola Tampar AU4, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Terdapat 4 pasukan yang telah menyertai pertandingan ini yang melibatkan Belia AU4, Belia AU5, Belia Klang Gate, dan juga Pasukan DACS Gombak dengan menghantar wakil di dalam pertandingan ini.

Johan bagi pertandingan ini telah dimenangi oleh pasukan daripada Belia AU5 yang berjaya menewaskan pasukan lain dengan mengumpul mata tertinggi.

Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Setiausaha Pemuda PAS Kawasan Gombak, Mohd Abd Muhaimin Mahamaddin yang memuji bagi mendekatkan lagi Pemuda PAS Gombak dengan belia tempatan.

Tambahannya lagi, pertandingan ini juga telah menekankan aspek ibadah dalam sukan di mana pahala boleh diperoleh dengan bersuka  sekiranya beriadah mengikut syariat Islam keseluruhannya. – HARAKAHDAILY 9/3/2020

- Advertisement -