Anthony Loke akui PH tak cukup majoriti

- Advertisement -

AGAK kelakar jadinya bila pada satu ceramah yang sama, iaitu ceramah Jelajah Harapan di Tapak Rakan Muda, Taman Seri Andalas, Klang, malam tadi, dua pemimpin tinggi Pakatan Harapan (PH) terang-terang menyanggahi satu sama lain.

- Advertisement -

Pada satu ketika, Setiausaha Agung PKR, Dato’ Seri Saifuddin Nasution, mendakwa “Tan Sri Muhyiddin tak mendapat simple majority 112 (untuk bentuk kerajaan) kerana partinya bukan 36 yang menyokong”.

Pada satu ketika yang lain, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook, pula mengakui PH tidak mempunyai cukup majoriti untuk bentuk kerajaan kerana bilangan yang mereka ada hanyalah 108.

Sama-sama kita teliti ucapan Anthony Loke ini: “Tetapi paling penting dalam bab ini ialah bahawa pada hari ini kita masih mempunyai blok Ahli Parlimen yang paling kukuh di Dewan Rakyat. Kita telah diuji, telah dibuktikan, bahawa blok yang masih ada ini ada 92 daripada PH (39 daripada PKR, 11 daripada PAN, 42 daripada DAP), 92 Ahli Parlimen blok PH ini kita amat steady dan kita solid 92. Campur WARISAN 10 di Sabah (jadi) 102. Campur 6 daripada Tun Dr Mahathir yang sekarang ini masih 6 sahaja (jadi 108). Tetapi lama-kelamaan tak tahu. Dan lepas umum kabinet tak tahu lagi yang tak dapat itu macam mana hala tuju mereka. Tetapi hari ini kita mempunyai blok Ahli Parlimen yang masih begitu kukuh bersama dengan kita.”

Caca-merba sungguh para pemimpin Pakatan Harapan ini, sudah hilang kuasa pun masih belum ada Group WhatsApp lagi nampaknya hingga satu sama lain masih bercanggah.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF
8 Mac 2020 – HARAKAHDAILY 8/3/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -