Kabinet : Ambil kira masyarakat majmuk

- Advertisement -

MARANG : PAS hanya memberi konsep dan menyerahkan kepada Perdana Menteri Malaysia (PM-8) untuk membuat keputusan dan menyusun atur pimpinan dalam pelantikan anggota kabinet baharu.

- Advertisement -

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata pemilihan tersebut perlulah mengambil kira masyarakat majmuk dalam kalangan bukan Islam.

‘’ Walaupun mereka tidaklah ramai namun perlulah dilantik dari kalangan profesional dalam kalangan bukan Islam termasuk Sabah dan Sarawak,”katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Mengulas lanjut tentang bilangan kuota kerusi, PAS menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk menilainya.

‘’ Sudah tentu akan mengambil kira jumlah kerusi parti-parti kompenen dalam Perikatan Nasional malah perlu juga mengambil kira Sabah dan Sarawak yang terikut dengan perikatan ini.

‘’ Termasuk dalam kalangan bukan Islam yang jumlah mereka sedikit dalam Perikatan ini dengan ‘plus’ parti-parti ini. Perlu ambil kiralah sebab orang bukan Islam tidak boleh dipinggirkan.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas selepas menyampaikan Kuliah Dhuha mingguan di Masjid Rusila, Marang, semalam.

Beliau juga menegaskan, apa yang lebih utama ketika ini adalah untuk menyelesaikan masalah rakyat berkenaan dengan kos sara hidup, ekonomi, gejala sosial, isu perpaduan, pembangunan insan dan manusia.

HARAKAHDAILY 7/3/2020

- Advertisement -