Demokrasi benarkan banyak pendekatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Amalan sistem demokrasi tidak hanya melalui satu pintu atau melalui pilihan raya sahaja, kata Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

- Advertisement -

Menurut beliau, konsep demokrasi memberi hak kepada rakyat untuk menentukan kuasa kerajaan melalui beberapa pendekatan, ia termasuk Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Kecil (PRK), desakan rakyat melalui wakil-wakil mereka, atau himpunan aman.

Justeru itu katanya, PAS mengambil langkah beristiqamah memilih pendekatan demokrasi bersama konsep Islam dengan penekanan sifat ‘adalah iaitu keadilan dan bai’ah dalam fiqah politik Islam.

Perkara tersebut selari dengan sejarah Islam sebelum ini ketika Nabi Ya’kub AS menasihati anak-anaknya supaya masuk kedalam kota melalui pintu yang berlainan.

Nasihat Nabi Ya’kub itu kerana dikhuatiri sekiranya masuk melalui satu pintu sahaja, tidak akan terjamin keselamatannya.

Menurut Ahli Parlimen Marang itu, PAS mempunyai pengalaman memilih pintu-pintu demokrasi yang banyak untuk memasuki Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun jalannya sukar dan mengambil tempoh masa yang panjang.

Walaupun PAS mempunyai banyak kelemahan sehingga ada yang hilang wang pertaruhan yang wajib, PAS tetap menyertai pilihan raya, iaitu salah satu cabang pintu demokrasi, jelas beliau dalam tulisan Minda Presiden PAS, hari ini.

Kredit foto : Hisham Bulan

  • HARAKAHDAILY 7/3/2020
- Advertisement -