Peralihan kuasa: ‘Respect, salute’ YDPA dan rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong dan rakyat seluruhnya layak mendapat penghargaan dan penghormatan atas kematangan dizahirkan dalam menghadapi kemelut politik minggu terdahulu hingga ia dilalui dengan tenang.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin ketika mengulas semula hal tersebut berkata, perkara sama jika terjadi di negara lain sudah tentu berlakunya ketidakamanan, kemusnahan dan seumpamanya.

Beliau bertemubual dalam siaran langsung program Ruang Bicara bersama BERNAMA membicarakan tajuk ‘Aspirasi Pemuda Perikatan Nasional’ di Ibu Pejabat agensi media tersebut, di sini semalam.

Menurutnya, beliau percaya ketenangan tersebut kerana diikat oleh asas prinsip yang difahami dan dipegang bersama dari Rukun Negara sehinggalah akhir sekali kemelut tersebut juga berakhir dengan pelantikan secara tenang.

“Saya ingin merakamkan rasa ‘respect’ saya, ‘salute’ saya kepada dua entiti. Alhamdulillah, pelantikan tersebut melalui prosedur-prosedur tertentu dengan perincian yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong, akhirnya rakyat boleh menerima dengan tenang. Dan ketenangan ini yang menyebabkan berlakunya kenaikan Ringgit Malaysia semakin kukuh, ekonomi pun menarik.

“Dan perkara ini pada saya menjadikan satu wajah ‘feature’ politik yang lebih menarik. Tinggal lagi kita harapkan agar dalam jangka waktu waktu ini, Tan Sri Muhyiddin boleh tenang menubuhkan Kabinet supaya dapat menenangkan rakyat melalui polisi-polisi yang lebih baik pula,” harapnya.

Jelasnya, keadaan tenang yang wujud ini juga membolehkan tumpuan diberikan kembali dalam menyusun keseimbangan perpaduan dan ekonomi rakyat, selain tolerasi untuk semua tanpa mengenepikan sesiapa.

Jurutera profesional ini juga yakin tempoh tenang ini akan berpanjangan hingga PRU15 bagi membolehkan banyak isu mendekam rakyat diatasi sebaiknya dengan mengikut kerangka hala tuju berdasarkan awlawiyat. – HARAKAHDAILY 6/3/2020

- Advertisement -
- Advertisement -