Bersihkan GLC Negara dari penguasaan DAP!

- Advertisement -

ANTARA keutamaan yang perlu dibuat oleh kerajaan baru pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah untuk membersihkan kesemua lantikan politik DAP, khususnya di dalam syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC).

Pertama sekali, lantikan ini adalah sangat tidak bermoral kerana ia menyanggahi Janji 22 Manifesto Pakatan Harapan (PH) yang berbunyi “Kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan pelantikan ahli lembaga pengarah ke dalam syarikat milik kerajaan nasional dan negeri adalah dari kalangan golongan profesional, dan bukan berdasarkan kaitan politik mereka”.

Keduanya, bila berlaku perubahan di dalam kerajaan yang memerintah maka kesemua lantikan politik yang dibuat oleh pihak-pihak yang tidak lagi menjadi sebahagian daripada kerajaan baru wajar secara automatik dan tanpa disuruh meletakkan jawatan mereka.

Begitupun, Pengerusi DAP, Tan Kok Wai, telah tanpa silu dan malu mengumumkan bahawa Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP memutuskan supaya kesemua lantikan politik DAP ini tidak meletakkan jawatan kerana kononnya PH adalah kerajaan yang sah dan kerana kononnya mereka bertanggungjawab kepada negara bukan kepada mana-mana kerajaan. Sila rujuk: https://www.malaysiakini.com/news/513296

- Advertisement -

Disebabkan sikap tebal muka DAP ini maka wajarlah kerajaan baru mengambil langkah segera membersihkan kesemua lantikan politik DAP ini dengan memecat mereka bermula dengan Tan Kok Wai sendiri selaku Ahli Parlimen Cheras yang telah dilantik sebagai Duta Khas Ke China merangkap Pengerusi Malaysia-China Business Council (Majlis Perniagaan Malaysia-China, MCBC) pada Ogos 2018. Sila rujuk: https://www.nst.com.my/news/nation/2018/08/406943/confirmed-tan-kok-wai-special-envoy-china

Yang turut perlu segera dipecat adalah lima Ahli Parlimen DAP lain, iaitu:

(1) Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack, yang telah dilantik sebagai Pengerusi Malaysian Timber Industry Board (Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, MTIB) pada Ogos 2018. Sila rujuk: https://www.malaysiakini.com/news/437165

(2) Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, yang telah dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada November 2018. Sila rujuk:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/11/01/ahli-parlimen-klang-dilantik-ketuai-suruhanjaya-perkhidmatan-air-negara/

(3) Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin, yang telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Labuan Port Authority (Lembaga Pelabuhan Labuan, LPA) pada Februari 2019. Sila rujuk: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/02/28/kota-kinabalus-dap-mp-is-new-chairman-of-labuan-port-authority/1727781

(4) Ahli Parlimen Ipoh Timor, Wong Kah Woh, yang telah dilantik sebagai Pengerusi Sustainable Energy Development Authority (Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari, SEDA) pada Julai 2019. Sila rujuk: https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/07/23/wong-kah-woh-appointed-seda-chairman

(5) Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau, yang telah dilantik sebagai Pengerusi National Institute of Occupational Safety and Health (Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara, NIOSH) pada Oktober 2019. Sila rujuk: https://www.malaysiakini.com/news/494634

Yang turut perlu segera dipecat adalah satu Ahli Dewan Undangan Negeri DAP, iaitu:

(1) Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah, yang telah dilantik sebagai Pengerusi Port Klang Authority (PKA) (Lembaga Pelabuhan Klang, PKA) pada Mei 2019. Sila rujuk: https://www.malaysiakini.com/news/478033

Yang turut perlu segera dipecat juga adalah dua pemimpin DAP lain, iaitu:

(1) Dr John Brian Anthony, yang merupakan Ahli Jawatankuasa CEC DAP dan Ahli Jawatankuasa DAP Sarawak, yang telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Bintulu Port Authority (Lembaga Pelabuhan Bintulu, BPA) pada November 2018. Sila rujuk:
https://www.theborneopost.com/2018/11/04/dr-john-brian-anthony-appointed-bpa-chairman/

(2) Jeffrey Chew Gim Eam, yang merupakan mantan Penolong Bendahari DAP Pulau Pinang, yang telah dilantik sebagai Pengerusi Penang Port Commission dan Pengerusi Penang Port Commission Teluk Ewa (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Teluk Ewa, PPC dan PPC Teluk Ewa) pada Mac 2019. Sila rujuk: https://www.malaysiakini.com/news/470842

Marilah sama-sama kita gerakkan operasi pembersihan GLC negara dari penguasaan DAP!

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 6/3/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -