Wanita dan percaturan masa depan

- Advertisement -

FRAME

(1) Wanita mempunyai peranan yang besar dalam masyarakat. Mempunyai pengaruh yang besar sebenarnya dalam membina generasi dan pengaruh.

Agak panjang sekiranya saya nyatakan satu persatu peranan mereka yang cukup besar itu. Apa yang perlu kita waspadakan ialah seruan atau slogan yang ‘menarik’ golongan wanita.

(2) Sebelum ini saya ada tulis beberapa artikel yang berkaitan dengan emansipasi, Feminisme dan Global Protest.

(a) Frame normalisasi Feminisme. [1]

(b) Emansipasi Sudan dan Gender Alert peringkat global. [2]

(c) Emansipasi: Lubnan, Sudan dan Tunisia. [3]

Ketiga-tiga artikel ini wajar diberi perhatian pada hari ini sebagai langkah berwaspada terhadap ‘hidden project’ yang dirancang oleh individu yang tidak dikenali.

(3) Secara umumnya, frame Antarabangsa akan bermula dengan slogan-slogan yang menyeru kepada keadilan, hak kesamarataan dan sebagainya.

- Advertisement -

Kemudian ia akan beralih kepada isu-isu yang berkaitan dengan penindasan terhadap kaum wanita, dan seterusnya akan dikaitkan dengan elemen-elemen agama.

Antaranya pembahagian pusaka yang digambarkan sebagai tak adil, kemudian bab poligami, bab aurat dan banyak lagi akan dikaitkan dengan penindasan atau emansipasi.

Memahami melalui Hadis

(1) Perlu sedar bahawa frame Antarabangsa hari ini sangat berkaitan dengan isu kewanitaan. Dalam hal ini kita perlu kembali kepada asal-usul kefahaman.

Nabi S.A.W mengingatkan kita supaya berwaspada dengan fitnah kaum wanita;

اتقوا الدُّنْيَا وَاتَّقُوا النِّسَاءَ فَإِنَّ أَوَّلَ فِتْنَةِ بَنِي إِسْرَائِيلَ كَانَتْ فِي النِّسَاءِ

“Berhati-hatilah dengan dunia dan berhati-hatilah dengan (fitnah) wanita. Sesungguhnya fitnah terawal yang berlaku pada golongan Bani Israil adalah pada wanita.”

(Shahih Muslim)

(2) Dalam Hadis yang lain;

مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ

“Tidak aku tinggalkan selepas daripadaku yang lebih berbahaya ke atas kaum lelaki daripada wanita.”

(Shahih Bukhari)

Hadis ini bukanlah sebagai satu celaan. Tapi adalah satu kewaspadaan. Di dalam satu hadisnya yang panjang, Baginda S.A.W menceritakan mengenai pengikut Dajal;

وأكثر تبعه اليهود والنساء

“Dan kebanyakan pengikutnya di kalangan Yahudi dan perempuan”

(Jami’ul Masanid Was Sunan)

(3) Dalam hadis yang lain;

ينزلُ الدجالُ في هذهِ السبخةِ بمرقناةٍ فيكونُ أكثرَ من يخرجُ إليه النساءُ، حتى إن الرجلَ ليرجعَ إلى حميمِه وإلى أمِّه وإلى ابنتِه وأختِه وعمَّتِه فيوثقُها رباطًا مخافةَ أن تخرجَ إليه

“Dajal akan turun dari daerah dataran bergaram yang bernama Marriqanah. Yang paling ramai akan menjadi pengikutnya adalah kaum wanita, sehinggakan seorang lelaki akan bersegera pulang ke rumahnya untuk melihat dan menjaga isteri, ibu, anak perempuan, saudara perempuan dan ibu saudaranya, kemudian diikatnya mereka itu kerana bimbang jika mereka keluar (lalu) bertemu Dajal dan menjadi pengikutnya.”

(Riwayat Imam Ahmad)

Realiti hari ini

(1) Gambaran-gambaran Hadis yang saya senaraikan tadi, menceritakan bagaimana fitnah Dajal itu lebih berjaya mempengaruhi kaum wanita.

Kaum wanita mudah terikut dengan seruan-seruan yang mengusik jiwa mereka. Atau bahasa yang lebih mudah, mudah di‘swarming’kan, dan fenomena itu sedang berlaku di peringkat global.

(2) Contoh yang agak simple, kita boleh lihat sekiranya ada posting-posting yang memuji kaum wanita, posting yang mengusik emosi mereka, pastinya akan ‘hot’.

Boleh juga bandingkan bagaimana muslimat buat kerja lebih bersungguh dan bersemangat waja. Lebih fokus berbanding orang lelaki. Hal ini rasanya sudah banyak dikaji oleh para Sarjana.

(3) Apa yang dibimbangkan, tabiat ini dimanipulasi oleh musuh, untuk meng‘create’ beberapa agenda yang boleh menguntungkan mereka

(a) Media-media menggambarkan beberapa peristiwa yang berkaitan dengan ke‘power’an kaum wanita. Media AFP pada 10 Disember 2019 menyiarkan senarai wanita yang menjadi kepimpinan negara.

(b) Contohnya Greta Thunberg yang diikonkan oleh majalah TIME edisi Disember 2019, sebagai gambaran generasi kepimpinan masa depan.

Semua info ini telah saya tuliskan dalam beberapa artikel yang lepas. Sebagai gambaran persediaan kita berhadapan dengan masa depan yang lebih rencam.

Gender Alert

(1) Pada 26 November 2019 [4], al Jazeera menyiarkan bahawa puluhan ribu orang telah berkumpul di seluruh dunia. Iaitu negara-negara seperti Guatemala, Rusia, Sudan dan Turki.

Ia sebagai tanda hari Antarabangsa untuk penghapusan keganasan terhadap wanita. Kira-kira 87,000 wanita dan perempuan dibunuh di seluruh dunia pada tahun 2017, menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

(2) Ia sebagai satu gambaran kewajaran bagi wanita-wanita di negara-negara tadi turun berdemo. Sebagai satu simbol penindasan terhadap kaum wanita.

(a) Pada November 2019 juga, ramai yang berarak melalui jalan-jalan di Moscow untuk menonjolkan kegagalan kerajaan untuk meluluskan undang-undang yang melindungi wanita.

(b) Ratusan wanita Sudan menyanyikan lagu: ‘Kebebasan, kedamaian dan keadilan’ ketika mereka berkumpul di Khartoum pada protes kali pertama dalam beberapa dekad ini.

(c) Di Mexico City, penunjuk perasaan yang bertopeng dengan ‘sledgehammers’ menghancurkan panel kaca perhentian bas dan monumen yang disembur dengan cat.

Mereka bertembung dengan polis rusuhan dalam bantahan itu untuk membantah kegagalan pihak berkuasa untuk menghentikan kenaikan kadar ‘femicide’ dan rogol di negara itu.

(d) Sama juga di Madrid, beribu-ribu berarak pada tarikh tersebut. Sama juga halnya di Sepanyol apabila seramai 52 kes pembunuhan kaum wanita oleh teman lelaki mereka pada 2019.

Malaysia

(1) Situasi di Malaysia juga dibimbangi menerima tempiasnya, sepertimana yang diduga. Izzah Anwar secara khususnya sebelum ini berundur daripada kepimpinan PKR.

(2) Pada 21 Disember 2018, Akhbar Sinar [5] menyatakan;

“Muak dan letih dengan perangai individu yang sibuk dengan politik kepartian antara sebab Nurul Izzah Anwar melepaskan jawatan Naib Presiden PKR.”

(3) Pada Mac 2019, beliau melepaskan jawatankuasa PAC dan kenyataan dalam Berita Harian menyatakan. [6]

“Nurul Izzah dalam status yang dimuat naik di akaun Twitter rasminya hari ini menegaskan Pengerusi PAC perlu diisi oleh pembangkang bagi memastikan kebertanggungjawaban pihak eksekutif.”

“Speaker sekarang jelas memiliki niat untuk melakukan pembaharuan institusi, untuk memastikan Parlimen berada pada kedudukan yang sama dengan eksekutif,” katanya.

(4) Inilah gambaran yang sememangnya selari dengan frame Antarabangsa yang saya huraikan di atas, dan ia bukanlah satu kejutan. Bahkan telah dijangkakan sejak akhir 2018 lagi.

Media pasca peralihan kuasa baru-baru ini, mula menonjolkan kembali watak beliau sebagai seorang yang clean dan membawa agenda-agenda yang sangat mengikut selera generasi baru. [7]

Iaitu generasi baru yang muak dengan drama politik, sudah bosan dengan percakaran [8]. Persiapkanlah diri dengan ‘kematangan’ untuk berhadapan dengan masa depan.

[1] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3267020153339722&id=100000953077134

[2] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3226318554076549&id=100000953077134

[3] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3165817996793272&id=100000953077134

[4] https://www.aljazeera.com/indepth/inpictures/alert-global-protests-denounce-violence-women-191126052357165.html

[5] https://www.sinarharian.com.my/article/3420/BERITA/Politik/Anwar-dedah-punca-Izzah-letak-jawatan

[6] https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/544371/nurul-izzah-letak-jawatan-anggota-pac

[7] https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/224576

[8] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3379923365382733&id=100000953077134

Oleh: MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 5/3/2020

- Advertisement -