Tolak usaha kembalikan Komunisme – UMMAH

- Advertisement -

KUALA LUMPUR : Kerajaan baharu yang dibentuk selepas perpecahan Pakatan Harapan (PH) dilihat akan semakin kukuh kerana didominasi Melayu-Islam, malah bakal mematikan terus penyebaran idealogi Komunis seperti dikaitkan dengan kerajaan terdahulu.

- Advertisement -

Menurut Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa, rakyat sendiri sebelum ini telah memberi signal penolakan kepada PH yang dalam lima PRK di mana antara isu besar rakyat menolak PH kerana DAP menjadi beban besar disamping isu idealogi Komunis.

“Ketika itu kerajaan PH (kini bukan kerajaan) kalah dan telah hilang sokongan rakyat kerana DAP menjadi beban besar kepada PH kerana terlalu gopoh untuk berkuasa dan terlalu menonjolkan ideologi komunis serta gagal menunaikan janji manifesto kepada rakyat,” kata Mohd Zai kepada Harakahdaily.

Perpecahan PH angkara perselisihan faham dan perang jawatan akhirnya menyebabkan terbentuk kerajaan baharu yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin selaku Perdana Menteri.

Malah kerajaan baharu ini katanya mendapat sokongan besar majoriti orang Melayu Islam yang diwakili tiga parti besar dominan Melayu Islam.

“Kerajaan ini menjadi kukuh dan kuat bila diperkukuhkan lagi dengan sokongan daripada MCA dan MIC serta DHPP daripada PAS

“Kerajaan pintu belakang, rampasan kuasa dan kerajaan tak sah hanyalah alasan yang terpaksa dicipta bagi menutup malu kegagalan Kerajaan PH untuk berkuasa secara sah melalui undi demokrasi yang dibuat oleh YDPA,” ujarnya lagi.

Kerajaan baharu di bawah Tan Sri Muhyiddin merupakan kerajaan yang sah di sisi undang-undang mengikut Perkara 40(2) dalam Perlembagaan Persekutuan di mana secara jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya.

Manakala menurut Perkara 43(2) (a), Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat itu sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.– HARAKAHDAILY 5/3/2020

- Advertisement -