Kerana jawatan itu amanah

- Advertisement -

ALLAHUAKBAR! Politik PAS kali ini benar-benar menunjukkan kematangan PAS bertindak berdasarkan kepentingan agama, rakyat dan negara.

- Advertisement -

Sebenarnya agak bimbang juga, setelah terbentuknya gabungan baharu Muafakat Nasional-BERSATU dan lain-laim sudah mula desas-desus ahli bawahan yang mengimpikan berbagai kepentingan dan jawatan.

Ada yang berkata, kita kena siap sedia lepas ini banyak post kosong yang kita kena isi. Sedangkan hakikatnya yang berkata itu pun tidak layak bahkan tidak bersedia untuk menanggung amanah tersebut. Pembentukan gabungan baharu ini adalah hasil kecuaian dan kerakusan Tun M bukan berdasarkan undi rakyat. Harus berwaspada dan berhati-hati.

Gabungan ini sebenarnya menjadi kayu ukur kemampuan gabungan baharu untuk mengendali bahtera seterusnya memberi kepercayaan kepada pengundi untuk memberikan undi mereka kepada gabungan baharu pada PRU15 yang akan datang.

Mengisi dan mengekalkan kemenangan adalah perkara yang lebih sukar. Justeru, kami mendoakan kesejahteraan buat PAS bersama dengan gabungan baharu agar terus maju memartabatkan Islam serta mengajar rakyat agar berpolitik dengan matang dan berilmu.

MUHAMAD HAKIMI HUSSAIN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Petaling Jaya – HARAKAHDAILY 5/3/2020

- Advertisement -