MPT tentu pimpinan BERSATU Pusat

- Advertisement -

ARAU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Arau menerima sesiapa sahaja yang memimpin parti berkenaan di peringkat pusat.

Ketuanya Amier Hassan berkata, kepimpinan peringkat tertinggi diserah kepada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) peringkat pusat untuk tentukan.

- Advertisement -

“Kita menyokong sesiapa sahaja yang menjadi pemimpin parti dan apa yang masyarakat fikirkan sebagai kemelut dalaman, sebenarnya bukan.

“Ia lebih kepada ketidakstabilan untuk sementara waktu sahaja dan saya yakin ia boleh ditangani MPT dalam jangka masa terdekat.

“Itu bukanlah isu utama kerana lebih mustahak bagaimana untuk menyatukan akar umbi berbanding berbicara bukan urusan kita,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman keputusan Pemilihan BERSATU Arau di Jejawi di sini semalam.

Amier mendapat undian tertinggi dengan undian sebanyak 376 undi dalam saingan lima penjuru.– HARAKAHDAILY 4/3/2020

- Advertisement -