Kerajaan baharu perlu lunaskan royalti Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan baharu diharap mengembalikan bayaran royalti petroleum yang menjadi hak Kelantan, selain diberikan hak pendaratan dan pemprosesan petroleum.

Presiden Pertubuhan R Kelantan, Nazri Deraman berkata, pihaknya yakin isu tersebut berada dalam pengetahuan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

- Advertisement -

Lagi pun menurutnya, R pernah mengadakan kunjungan hormat dan menyerah memorandum tuntutan royalti kepada perdana menteri semasa beliau berkunjung ke sini empat tahun lepas.

“Isu ini juga mendapat liputan meluas di media arus perdana dan media sosial sejak 2010. Malah parti politik sama ada pemeritah atau pembangkang memasuk dalam manifesto PRU ke-13 dan 14 janji untuk menjelaskan bayaran royalti kepada Kelantan,” katanya di sini.

Menurutnya juga tuntutan royalti petroleum Kelantan bersandar perjanjian royalti yang ditandatangani kerajaan Kelantan dan Petronas pada 9 Mei 1975.

Tuntutan royalti Kelantan digerak secara agresif mulai 2009 ketika berlangsung Pilihan Raya Kecil Dun Manek Urai.

Berdasar Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2004 Kelantan turut disenaraikan sebagai negeri pengeluar minyak mentah dan gas asli bersama Terengganu, Sabah dan Sarawak. – HARAKAHDAILY 4/3/2020

- Advertisement -