Dewan Rakyat bersidang pertengahan Mei

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga bagi Parlimen ke-14 akan bermula pada 18 Mei ini iaitu 10 minggu dari sekarang.

- Advertisement -

Perkara itu dimaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan pagi ini.

Manakala, Mesyuarat Kedua yang melibatkan pembentangan Rancangan Malaysia ke-12 akan bermula pada penghujung Julai tahun ini dan Mesyuarat Ketiga pada penghujung September 2020.

Sebelum ini, sidang Dewan Rakyat dijadualkan pada 9 Mac sehingga 16 April depan dengan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14 akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sementara itu, Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa turut memaklumkan bahawa Persidangan Dewan Rakyat akan ditangguhkan selama dua bulan.

Katanya, perkara seperti pembentukan Kabinet serta pelantikan Speaker Dewan Rakyat perlu diselesaikan terlebih dahulu oleh kerajaan baharu dan ia tentunya memerlukan sedikit masa.

Perkara tersebut adalah wajar memandangkan PH sebelum ini juga melansungkan Parlimen selepas dua bulan membentuk kerajaan.- HARAKAHDAILY 4/3/2020

- Advertisement -