Demokrasi di Malaysia telah mati?

- Advertisement -

RAKYAT tidak sabar melihat pembentukan kerajaan baru setelah Yang Dipertuan Agong melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM ke-8. Rakyat mahukan kestabilan, mahu lihat kerajaan yang didukung BERSATU, Umno, PAS dan lain-lain ini bekerja membawa kesejahteraan buat mereka dan kemakmuran buat negara.

Di peringkat ini Muhyiddin dan pasukannya sepatut diberi ruang untuk membuktikan kemampuan mereka. Cukuplah berpolitik kerana keputusan telah dibuat, jadilah pemimpin yang bertanggungjawab dengan meletakkan kepentingan rakyat dan negara di hadapan.

Ada yang mendakwa konon demokrasi telah mati, kerajaan ini kerajaan rampasan kuasa malah ada media asing yang menuduh YDP Agong terlibat dalam mematikan demokrasi.

- Advertisement -

Sesungguhnya bukan sahaja yang menang, yang kalah pun kena punya tanggungjawab.

Jangan cetuskan ketegangan dan porak peranda melalui fitnah apatah lagi bersekongkol dengan pihak asing untuk mengganggu-gugat negara.

Terimalah ketentuan ini dengan hati yang terbuka dan jiwa yang besar. Institusi Parlimen masih hidup sebagai gelanggang demokrasi. Ikutlah peraturan dan undang-undang.

Demokrasi tidak mati tetapi Tun yang letak jawatan sebagai PM pada 24 Februari lalu. Kerajaan tumbang akibatnya dan Agong menjalankan tanggungjawab Baginda ikut Perlembagaan melantik PM yang baru.

Itu cara kita. Maka hormati dan patuhlah sebagai rakyat Malaysia yang berpegang pada Rukun Negara.

Demokrasi tidak mati. Yang mati adalah hati mereka yang kacau yang mahu memaksa rakyat dan negara ikut mereka walaupun melawan arus. InsyaAllah rakyat Malaysia taat setia pada Raja dan negara.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 4/3/2020

- Advertisement -