‘Zaman gelap’ Tabung Haji semasa dibawah PH

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tabung Haji semasa dibawah pemerintahan PH bukan sahaja gagal memberi hibah dan dividen pada kadar sebagaimana sebelumnya, malah telah menukar pemilikan aset yang menjadi hak umat Islam.

- Advertisement -

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki bahkan menempelak cara urus tadbir PH ke atas Tabung Haji yang didepani dengan pelbagai alasan dan tuduhan terutama terhadap pemerintahan sebelum itu.

Antaranya kata beliau, PH menuduh Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Dato’ Seri Abdul Azeez Abdul Rahim telah mencuri wang Tabung Haji serta terbabit dengan pelbagai skandal lain tanpa mengemukakan bukti.

Malah ujarnya, PH gagal lagi apabila didesak menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI), sebaliknya mengeluarkan laporan bahawa kesalahan dibawah pemerintahan Dato’ Sri Najib adalah kerana memberi hibah dan subsidi.

“Bagi hibah kepada pencarum, bagi hadiah yang tinggi itu kesalahan ke? Kalau tanya orang ekonomi, salah tak? Tanya orang yang suka kepada kebajikan, salah tak? Deposit pencarum-pencarum Tabung Haji dijamin oleh kerajaan. Kalau kerajaan nak bagi lebih, itu hadiahlah, apa nak dipertikaikan?

“Kesalahan yang kedua (dilaporkan PH terhadap BN) ialah terus memberi subsidi haji walaupun kos haji meningkat setiap tahun. Subsidi meningkat. Yang terakhir, RM400 juta Tabung Haji bagi subsidi kepada para hujjaj. Pergi dengan Mu’assasah, dapat subsidi. Sepatutnya bayar RM17,000 zaman itu, kita bayar RM9,000 sahaja.

“Salah ke tak salah subsidi ini? Tak salah. Kerajaan nak bagi, kerajaan ini bukan syarikat. Siapa yang memiliki Tabung Haji? Kita. Bukannya pemegang saham, syarikat-syarikat besar, bukan. Kitalah (para pencarum) pemilik Tabung Haji,” kemukanya membidas laporan pernah dikeluarkan PH.

Selar beliau, Kerajaan PH bukan sahaja gagal menunaikan janji manifesto dengan alasan memikul hutang lama, bahkan juga gagal menubuhkan RCI berkaitan skandal dituduh mereka, sedangkan ia tidak memerlukan wang.

Dr Zuhdi turut menyatakan bahawa PAS akan suarakan supaya kerajaan baharu dibawah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar memberi hibah tinggi serta mengekalkan subsidi kepada pencarum Tabung Haji untuk menunaikan ibadah itu. – HARAKAHDAILY 3/3/2020

- Advertisement -