Sultan Abdul Hamid II dan Yahudi

- Advertisement -

YAHUDI Daunamah

Yahudi Daunamah dari segi bahasanya bermaksud kembali atau murtad iaitu golongan Yahudi yang tinggal di wilayah umat Islam sejak kurun ke-17. Secara khususnya mereka berpusat di wilayah Salonik (Greece), Kerajaan Uthmaniah menggelar mereka dengan Daunamah gambaran dekatnya mereka dengan Islam sebagai usaha untuk mengajak mereka kembali kepada Islam. Malangnya merekalah yang paling tegar melawan Islam.

Diasaskan oleh seorang Yahudi yang bernama Sabbatai Zevi yang mendakwa sebagai Al Masih yang ditunggu-tunggu pada tahun 1648M untuk memimpin orang Yahudi dan akan menguasai Palestin sekali gus menjadikan Al-Quds sebagai Negara Yahudi. Akan tetapi idea ini masih dilihat asing dan janggal oleh sebahagian besar Yahudi pada waktu itu.

- Advertisement -

Sabbatai Zevi dan Yahudi Daunamah menjadi perancang utama untuk memerangi Sultan Abdul Hamid II. Mereka mencanang untuk menubuhkan askar muda, sangat aktif menyebarkan propaganda keburukan Sultan dan krisis ekonomi negara menjadi topik hangat kegagalan Sultan. Yahudi Daunamah menjadi batu asas kepada penubuhan gerakan Zionis Sedunia.

Theodor Hertzel

Pemimpin Agung Zionis ini menjadi dalang utama merancang untuk mendapatkan sokongan antarabangsa terutama German, Britain dan Perancis untuk menekan Sultan Abdul Hamid II termasuklah menuntut bumi Palestin. Krisis ekonomi yang memuncak menjadi peluang yang jitu untuk mendesak Sultan supaya menerima tawaran mereka.

Kata Hertzel;

“Kita mesti memberikan sejumlah 20 juta Lira Turki untuk membaik pulih kedudukan ekonomi Turki, dua juta darinya sebagai cagaran untuk bumi Palestin dan bakinya untuk membebaskan Turki Uthmaniah kembali bernafas sebagaimana bangkitnya Eropah… kemudian kita biaya pula Sultan dengan tawaran yang dikehendaki oleh Sultan.”

Dan bermacam lagi tawaran untuk jaminan membangunkan Turki dengan syarat Palestin mesti diserahkan kepada mereka.

Ketegasan Sultan Abdul Hamid pastinya diingati selamanya, kata beliau kepada Hertzel;

“Sesungguhnya ia adalah bumi kami pada sepanjang masa dan sepanjang zaman, ia akan kekal sebegini. Ia adalah bandar suci kami, terletak di bumi Islam, dan akan berterusan Al-Quds menjadi milik kami”

Moga Allah merahmati usahamu duhai sang Sultan mempertahankan Islam hingga ke hujung nyawamu.

Rujukan
(1) Ad Daulah Uthmaniah, awamil An Nuhudh wa Asbabu As Suqut Dr Ali Muhammad As Solabi

MOHD ADLAN MOKHTARUDDIN
03 Mac 2020 – HARAKAHDAILY 3/3/2020

- Advertisement -