Terajui negara secara adil dan penuh tanggungjawab

- Advertisement -

MASIH belum terlambat untuk saya mengucapkan tahniah dan takziah buat YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Semoga dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh ketaqwaan kepada Allah SWT serta memulihkan negara khususnya mengembalikan kestabilan politik dan ekonomi.

Berpihak kepada rakyat dengan memulangkan hak mereka secara jujur dan berusaha sehabis daya untuk menaik taraf kehidupan mereka mendepan cabaran dan tekanan hidup.

Ramai yang ternanti-nanti untuk melihat pendirian kerajaan baharu ini terhadap kes – kes berprofil tinggi. Apakah kes itu akan digugurkan sebagaimana yang berlaku pada kes Lim Guan Eng, Siti Kassim, Adib, LTTE pada zaman kerajaan PH.

- Advertisement -

Namun begitu, syabas saya ucapkan buat Dato’ Seri Najib dan Dato’ Seri Zahid Hamidi yang telah menegaskan supaya kesnya jangan digugurkan sebaliknya mereka mahu menghadapi perbicaraan dan seterusnya membersihkan nama mereka jika mereka benar tidak bersalah.

Sememangnya prinsip yang mesti diguna pakai ialah :

a) Seseorang itu tidak bersalah sehinggalah ia dibuktikan bersalah melalui proses perbicaraan yang adil.

b) Sebarang tuduhan atau dakwaan mestilah dikemukakan bersama bukti yang nyata dan wajib melalui perbicaraan yang adil dengan memberi peluang dan membela diri kepada tertuduh.

c) Pesalah mestilah bersedia menerima hukuman yang wajar dan menginsafi kesalahannya dengan bertaubat kepada Allah SWT.

d) Sementara yang tidak bersalah mestilah diberi keadilan dengan membebaskannya dan dibersihkan namanya

e) Institusi perundangan dan kehakiman mestilah bebas sepenuhnya dari campurtangan orang politik atau pihak berkepentingan. Tegakkan Keadilan pada semua tanpa bias.

NASRUDIN HASSAN – HARAKAHDAILY 03/3/2020

- Advertisement -