Negarawan Terulung: Tahniah, terima kasih Tun M

- Advertisement -

KECEMERLANGAN khidmat Tun Mahathir selama ini sebagai Perdana Menteri Malaysia amat disanjungi, sehingga dianggap sebagai Bapa Pembangunan Negara. Di masa sama Tun M juga bertindak bijaksana sebagai Negarawan Terulung.

Pelbagai kemajuan yang dicipta dan dicapai oleh Malaysia kebanyakannya berlaku di zaman Tun M sebagai Perdana Menteri. Malah beliau bukan sahaja hebat di dalam negara, malah terkenal sehingga ke luar negara.

Sebut sahaja apa jenis kemajuan negara, peratus besarnya semua berkaitan dengan Tun M. Beliau juga banyak menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda negara dalam tempoh puluhan tahun.

Semua jasa bakti kehebatan Tun M ini didoakan menjadi amalan kebajikan kepadanya dan diterima oleh Allah S.W.T.

- Advertisement -

Sebagai rakyat Kedah, semua kami berbangga dengan adanya seorang Tun M yang telah berupaya mengharumkan nama Kedah sejak sekian lama.

PAS Kedah sekali lagi merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih atas segala jasa bakti dan kebaikan Tun M dan Tun Hasmah selama ini. Semoga Allah S.W.T menganugerahkan kebaikan yang berganda-ganda. Selamat berehat Tun bersama ahli keluarga dan dianugerahkan kesihatan yang baik.

“Islam Memimpin Perpaduan”

Salam Hormat,
USTAZ AHMAD YAHAYA,
Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah,
Alor Setar – HARAKAHDAILY 3/3/2020

- Advertisement -