Muhyiddin pulih Islam dicalar di bawah PH

- Advertisement -

KOTA BHARU: Ulama pondok di Kelantan menaruh harapan tinggi terhadap kerajaan baharu di bawah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya kerajaan baharu ini perlu memartabatkan Islam di Malaysia yang banyak tercalar di bawah Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Pendaftar Pondok Pasir Tumboh Bhd, Ustaz Ahmad Syairazi Atiqullah berkata, kerajaan baharu diharap membawa sinar kepada kedaulatan Islam.

- Advertisement -

Katanya, sebelum ini di bawah kerajaan PH, Islam dicabar dan dicalar kerana tiada tindakan tegas terhadap pihak yang berani mencabar Islam.

“Di bawah kerajaan sekarang kita harap Islam diangkat dan diletak di tempat sewajarnya,” katanya ketika ditemui di sini.

Ahad lepas, Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sehinggga mengundang suasana gawat politik negara.

Perletakan jawatan Dr Mahathir secara langsung menyebabkan kerajaan PH jatuh selepas dibentuk pada 10 Mei 2018.-
HARAKAHDAILY 03/3/2020

- Advertisement -