Kerajaan baharu perlu pertahan integriti

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan menganggap ada kewajaran kerajaan baharu yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak melibatkan mereka yang terpalit kes rasuah.

Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, pemimpin yang terpalit kes rasuah wajar dielak.

“Ini penting bagi melahirkan sebuah kerajan yang ada integriti,” katanya kepada media di Yayasan Islam Kelantan hari ini.

- Advertisement -

Ahad lepas Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri selepas diperkenankan Yang di-Pertuan Agong setelah mendapat sokongan majoriti ahli parlimen.

Bagaimanapun pelantikan itu cuba dipertikaikan Pakatan Harapan (PH) dengan alasan mereka juga memiliki sokongan majoriti.

Namun sokongan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan PBS di Sabah menamatkan spekulasi itu membolehkan kerajaan Perikatan Nasional semakin kuat.- HARAKAHDAILY 03/3/2020

- Advertisement -