Caesar dan Brutus juga ada dalam Umno

- Advertisement -

JANGAN sangka Caesar dan Brutus wujud dalam politik Rom purba seperti yang terdapat dalam karya pujangga agung Inggeris William Shakespeare.

- Advertisement -

Ia juga pernah dikatakan ada dalam Umno seperti yang terhurai dalam ucapan dasar Presiden Umno, Dr. Mahathir Mohamad semasa Timbalan Presiden parti itu ialah Anwar Ibrahim.

Ucapan dasar itu adalah yang terakhir meletupnya pecahnya sengketa politik dua wira pernah ada dalam Umno lebih 20 tahun lalu.

Caesar dan Brutus wira dan panglima Rom yang jika dibandingkan adalah seintim Mahathir dan Anwar sebelum meletupnya perang antara keduanya.

Brutus adalah orang kepercayaan Caesar dan panglima paling kanan Rom selepas Caesar. Jika tiada Caesar dalam senarai orang berkuasa di Rom ketika nescaya Brutuslah pemegang tampuk pemerintahan empayarnya.

Tidak kira sama ada Brutus ikut tikam Caesar dari depan atau belakang, tetapi sekalian komplot senator di belakang tabir menikam Caesar, Caesar cuba mendapatkan pembelaan Brutus amat dipercayainya itu.

Brutus juga jadi orang yang terakhir menikamnya. Komplot senator itu tidak mungkin melakukan pengkhianatan itu jika Brutus tidak terpengaruh. Itupun dia jadi penikam terakhir.

Dalih Brutus kepada umum atas pengkhianatan itu, bukan dia tidak cinta dan setia kepada Caesar, tapi cintanya kepada Rom mengatasi cintanya kepada Caesar kerana Caesar adalah amat berambisi. Lalu terpesona sekalian akan dalihnya.

Entah mengapa tragedi Rom purba itu dimuatkan dalam ucapan dasar Umno sambil tidak menjelaskan kewujudan Caesar dan Brutus dalam politik pemerintah Malaysia masa itu.

Semua bersangka dua watak kerajaan Rom purba ada dalam Umno masa itu. Kerana siapa Brutus dan siapa Caesar dalam Umno itu tidak dinamakan, maka semuanya berteka teki tentang episod panjang lebar atas persamaan politik Rom dan Umno itu.

Akan tetapi banyak yang meneka individu tertentu yang politiknya bagi menjadi orang masa depan negara masa itu bagi menggantikan sang Caesar Malaysia itu. Bahkan orang disyak Brutus Umno itu yang ditinjau sendiri oleh yang dikatakan Brutus dibisikkan kepadanya, tidak lain ia adalah dirinya sendiri.

Tidak ada orang analisis dan tafsir atas ucapan dasar menghuraikan watak Caesar dan Brutus Melayu itu. Hingga hari ini kendati kanan ramai jurdu analilis politik dan nujum-nujumnya, tidak pernah menghuraikan akan relevensinya pengkianatan Rom purba dengan kemelut politik di ambang rudumnya kerajaan Pakatan Harapan tidak banyak ditangisi oleh rakyat.

Ada percubaan untuk mengkhiaskan pengkhianatan Brutus dengan apa yang dikira pengkhianatan para Kitol dalam kerajaan 21 PH itu, tetapi kiasan itu sekadar hendak menyamakan Rom purba dan Malaysia PH itu saja, tetapi tidak memetik tentang Perhimpunan Agung Umno lebih 20 tahun mendedahkan Brutus dan Caesar dalam Umno itu.

Watak dua senator Rom dipercayai adalah watak wirawan Umno yang tersohor masa itu dan jika kedua-dua watak itu wujud dalam politik negara masa itu, tidakkah dua-dua watak itu amat segar dalam komplot berebut kuasa dalam pra kemuncak APEC November depan dan setakat rencana ini ditulis kedua-dua Caesar dan Brutus lucut kuasa.

- Advertisement -