Ajaib Mahathir boleh letak jawatan

- Advertisement -

MENGENALI politik Dr. Mahathir yang panjang, ketaranya sejak pembocoran surat peribadi antaranya dengan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra sebaik dia kalah PRU69, seluruh Umno mengecamnya dan masyarakat Cina tidak menerimanya, dia tidak menyatakan rasa bersalah atas isu itu.

- Advertisement -

Ia tidak minta maaf. Dia dipecat dari Umno. Dia diminta masuk semula Umno. Dia tidak minta maaf kepada masyarakat Cina yang menyebabkan pengundi Cina di Kota Setar Selatan tidak mengundinya punca kekalahannya PRU69. Sebagai orang yang disukai masyarakat Cina, dia jadi Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri.

Sebaik jadi Perdana Menteri dia terlibat dalam krisis dengan raja-raja. Justerunya tegang antara raja dengan rakyat, tegang Melayu dengan Melayu dan sesama Umno pun tegang. Dia tidak pernah minta maaf atas ketegangan itu dan krisis itu selesai sendiri.

Dia terlibat dalam krisis Umno hingga Umno diharamkan. Ditolaknya pendaftaran semula Umno oleh Tunku dan Tun Hssein Onn, tetapi didaftarnya Umnonya.

Dan pecah dua Umno. Dihalang team B pimpinan Tengku Razaleigh menyertai partinya menyebabkan Ku Li daftar parti sendiri. Bersatu semula Umno bila Ku Li bubar partinya.

Dia pecat timbalannya, Anwar Ibrahim sebagai TPM dan Timbalan Presiden Umno, hingga dua kali Anwar dipenjara dan 20 tahun keduanya berbalah politik. Dia baik dengan Anwar tapi tidak pernah minta maaf atas gaduhnya dengan Anwar.

Apabila diterima oleh penyokong Anwar jadi Perdana Menteri semula dan Anwariyin mengirakan ia Perdana Menteri sementara, tidak nampak dia mahu jadi PM sementara dan tidak nampak dia akan serah kuasa selepas Sidang APEC.

Tekanan terus baik Anwariyin Melayu dan Anwariyin Cina khususnya DAP, tidak nampak dia boleh ditundukkan dengan paksaan.

Sekalipun Anwar elok didepannya dan tidak elok dibelakangnya tiada nampak cara mana Anwar boleh memaksanya menunai janji. Ketika timbul politik pintu belakang di tengah kencangnya desakan dia mesti undur bulan Mei dan PAS hendak mengemukakan undi percaya kepadanya di Parliman. Anwar jumpa dia setuju undurnya selepas Sidang APEK tetapi tidak menetapkan tarikh.

Nampak di sini Anwar kalah. Entah apa yang berlaku dalam mesyuarat Majlis Presiden PH yang terakhir dipengerusinya, dan di luar sana seolah-olah 221 MP menyokongnya, PAS tunggu Parlimen bersidang untuk mengusulkan undi percaya, di tengah kencangnya isu pintu belakang, tiba-tiba Mahathir meletak jawatan Perdana Menteri.

Dia tahan berlawan raja, berjaya berlawan rakan-rakannya dalam Umno, tidak berjaya menguruskan beberapa orang dalam Majlis Presiden PH dan sumpit beracun penyokong Anwar di luar mencabarnya menyerah kuasa.

Usul percaya PAS bukan menyuruhkan berhenti PM, bahkan mahu dia terus hingga PRU15. Bila dia letak jawatan usul percaya tidak berbangkit lagi. Partinya Bersatu pula keluar PH. Anwar dan Guan Eng pujuk dia hadir mesyuarat Majlis Presiden PH bagi selamatkan kerajaan PH. Dia menolak, selesa jadi PM Interim yang Agong amanahkan.

Bila dia enggan hadir mesyuarat yang Anwar panggil, dia tetap meletak jawatan, ia peluang terbaik bagi Anwar bagi mengambil alih pimpinan PH dan terus mencalonkan diri jadi PM baharu, tak perlu tunggu November bahkan sebelum Mei jawatan PM itu sudah kosong.

Macam mana Mahathir boleh tewas berdepan Mohamad Sabu dan Guan Eng? Dia selamat berdepan Raja dan lain-lain, tetap ajaib berhenti ketika semua kata mahu dia kekal. Memang ada yang mahu dia berhenti, tetapi dia berhenti ketika tidak disuruh. Ramai terasa bodoh dengan tindakannya.

- Advertisement -