PRU: Serah pada rakyat semula, Usul Percaya dah tak perlu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS telah terdahulu mencadangkan Usul Percaya untuk dibawa ke Dewan Rakyat, namun memandangkan reaksi dan perkembangan semasa, maka sebaiknya diserahkan kepada rakyat dengan mengadakan PRU.

- Advertisement -

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PRU tersebut bagi memberi semula kepada rakyat untuk memilih berikutan kecelaruan politik yang berlaku dalam negara ketika ini.

Mengulas dakwaan jual beli wakil rakyat, beliau tidak menolak perkara tersebut sedang terjadi, namun secara sinikal mengingatkan supaya pihak terlibat supaya ‘membeli rakyat’ dan bukannya wakil rakyat.

“Oleh kerana orang tak sokong, tak ada makna kita sokong, suara tak cukup. Asalnya kita cadang bawa Usul (Percaya) di Parlimen untuk sokong Tun M.

“Oleh kerana respons tidak positif daripada semua, termasuklah DAP, termasuk PKR tidak menyokong dia lagi, Umno pun tak sokong, tak ada makna kita sokong. Dengan sebab itu, serah balik kepada rakyat,” ujarnya.

Beliau turut mengiyakan bahawa PAS bersedia untuk PRU diadakan pada bila-bila masa dan ketika ditanya mengenai Pelan Rangsangan Ekonomi, Ahli Parlimen Marang itu memberitahu beliau berada dalam pesawat ketika dibentangkan. – HARAKAHDAILY 28/2/2020

- Advertisement -