Masa depan persaingan ideologi

- Advertisement -

KEMUNCULAN generasi baru

(1) Ketika mata-mata tertumpu kepada keputusan siapakah yang memimpin negara selepas ini, kita jangan lupa,

(a) Gerakan untuk menghapuskan kuasa Sultan dan agama Islam masih berjalan.

(b) Agenda memperjuangkan hak asasi manusia versi Liberal akan terus berjalan.

(c) Gerakan mempromosikan fenomena non-partisan terus berjalan.

(d) Perancangan membina anak muda yang ‘critical thinking’ masih berterusan.

(e) Agenda Kristianisasi terus konsisten dengan kerja mereka.

- Advertisement -

Agenda-agenda ini menggambarkan bahawa mereka terus bekerja di bawah, sambil-sambil proksi-proksi mereka bergelut di bahagian atas.

(2) Di saat ini mereka biasanya tidak muncul di layar, tetapi mereka terus bekerja. Di belakang sana, satu kumpulan sedang bersedia untuk ‘timbul’, mungkin selepas selesai pergelutan politik.

Iaitu generasi yang sudah muntah dengan politik. Menganggap bahawa pendekar-pendekar di pentas politik hari ini semuanya dianggap politikus yang mengencing siang malam.

(3) Mereka sedang dikaderkan dan mendewasa di alam politik yang penuh rencam. Kajian-kajian Barat menggambarkan seolah-olah mereka telah bersedia berhadapan generasi tersebut.

Antaranya dalam kajian RAND Corporation, isu global warming, persaingan gender seperti Feminisme dan lain-lain. Boleh rujuk beberapa artikel saya yang lepas. [1]

Persediaan Barat

(1) RAND Corporation telah menerbitkan kajian mereka pada Ogos 2019 yang bertajuk ‘Defining and Understanding the Next Generation of Salafi-Jihadis’.

Sebagai gambaran kajian mereka untuk mempersiapkan projek sektarian mazhab untuk generasi baru. Menggambarkan bahawa mereka telah bersedia memprojekkan Generasi Z untuk itu. [2]

(2) Pew Research Centre pada 17 Januari 2019 telah menerbitkan satu kajian yang bertajuk: Generation Z Looks a Lot Like Millennials on Key Social and Political Issues.

Iaitu kajian khusus mengenai masa depan Amerika, dan Parti Republican yang perlu serasi dengan generasi masa depan yang mencorakkan realiti ‘persembahan’ politik akan datang. [3]

(3) Laman Web Teenvogue menerbitkan satu kajian pada Oktober 2019 yang bertajuk: Gen Z Is The Most Progressive – and Least Partisan – Generation. [4]

(4) Encore.org pada Disember 2018 menerbitkan satu kajian yang bertajuk: The Generation Gap and the Future of American Politics [5] berkaitan masa depan politik Amerika.

(5) Bahkan realiti hari ini sendiri seperti menghala ke arah apa ‘dijangkakan’ dalam kajian Barat seperti: The Next Generation: Young Elected Officials And Their Impact On American Politics. [6]

Kajian ini ditulis oleh John R. D. Celock pada 2010/2011 yang menjurus kepada wawancara terhadap 90 orang pegawai-pegawai kerajaan di pelbagai bidang di Amerika yang berumur bawah 35 tahun.

Pergerakan generasi baru

(1) Apa yang disenaraikan tadi menggambarkan bahawa Barat sangat panas membincangkan persoalan generasi masa depan, dan cara mereka berfikir.

Mereka seolah-olah sedang bersedia untuk menerima kemunculan generasi baru yang akan mencorakkan politik tanah air mereka. Gambaran John R. D Celock seolah-olah sedang berjalan pada hari ini.

(2) Di peringkat PBB, telah muncul gerakan atau slogan yang mengempen Lead2030 menggambarkan pergerakan remaja atau anak muda untuk ‘membaiki dunia’. [7]

Pada November 2019, mereka melancarkan round kedua projek ini. Projek yang dioperasikan oleh One Young World ini seolah-olah ‘melatih’ dan memanfaatkan generasi muda.

(3) Pada Februari 2019, Graham Peebles menulis sebuah kajian yang bertajuk: ‘Young People Lead the Charge to Change the World’ [8] ada menyatakan;

“Ramai yang berasa kecewa terhadap suasana dunia kelahiran mereka, marah dengan ahli politik yang tidak cekap dan institusi antarabangsa yang seolah-olah tidak dapat dipertikaikan.”

“Marah dengan Vandalisme alam sekitar yang berlaku di seluruh dunia. Kemarahan dan kekecewaan telah membawa kepada keterlibatan komited di kalangan ramai golongan muda di seluruh dunia.”

“Mereka membesar di barisan pergerakan protes di peringkat global yang membentuk barisan hadapan dalam demonstrasi sebagai respons terhadap perubahan iklim (global warming).”

“Mereka menuntut keadilan sosial dan kebebasan, perubahan rasional dalam undang-undang senjata Amerika Syarikat dan ‘end to austerity’ serta ketidakadilan ekonomi.”

Percaturan NED di Malaysia

(1) Sepertimana di peringkat antarabangsa, ia kelihatan mula menyerap masuk ke dalam tanah air kita. Dengan gaya bentuk persembahan yang lebih memikat anak muda.

(2) Antaranya apa yang diisytiharkan oleh National Endownment For Democracy mengenai perancangan mereka pada 2019 di Malaysia [9] di bawah nama Liberal Banter Sdn Bhd.

“To provide the Malaysian public, especially youth, with a forum to discuss critical political issues and to support the advancement of human rights through strategic litigation.”

“The organization will implement a series of initiatives designed to improve young people’s human rights advocacy skills and encourage their involvement in political processes, litigate a variety of cases with important human rights implications, and maintain a resource center for youth.”

(3) Dalam projek ‘meneutral’kan nilai nilai demokrasi ala-ala Barat dalam minda anak muda Malaysia pada 2018 [10], antaranya di bawah tajuk ‘Democratic And Idea Values’, menyatakan;

“To educate Southeast Asians on the philosophical foundations of democracy and human rights and their relationship with Islam.”

“The organization will conduct a series of discussions on democracy and Islam that will provide young Malaysians with the opportunity to better understand and appreciate Islam’s relationship with fundamental civil liberties.”

“In addition, the organization will organize a series of conferences for young Southeast Asian Muslims to discuss secularism, multi-culturalism, neo-liberalism, and interfaith coexistence throughout the region.”

*Masa depan gerakan Islam

(1) Apabila kita melihat dan sedar mengenai bagaimana masa depan Malaysia sedang dicorakkan oleh ‘mereka’, maka kita perlu bersedia dalam berhadapan hari itu.

(a) Gerakan Islam perlu melahirkan generasi yang celik dengan hujah-hujah Islam, bukan hanya memberi arahan dalam keadaan mata yang terpejam.

(b) Perlu menyediakan silibus-silibus yang berkaitan dengan dialog dan pemikiran. Perlu dibentangkan dengan dalil-dalil al-Quran yang di‘istinbat’kan hujah-hujahnya.

(c) Perlu didedahkan dengan gaya pemikiran Barat dan bagaimana bentuk hujah-hujah mereka serta jawapan-jawapan yang disediakan oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran dan Hadis Baginda S.A.W.

(2) Generasi masa depan Islam perlu diacuankan pemikiran mereka agar jelas rasional perjuangan mereka. Supaya boleh berhadapan dengan umat yang ‘mempersoalkan rasional’.

Islam bukan hanya ‘menyuruh’ dan ‘memaksa’ akan tetapi ada gesaan untuk merangsang daya berfikir. Supaya generasi Islam masa depan berjuang dalam dimensi ‘berfikir’.

(3) Bahkan banyak dalil-dalil al-Quran yang menyuruh ke arah itu yang pernah saya senaraikan sebelum ini [11]. Perlu letakkan ‘percentage’ yang lebih besar kepada wacana dan perbincangan.

Masa depan yang lebih terbuka, sesiapa sahaja boleh memasarkan ideologi masing-masing. Kita juga perlu bersaing dengan mereka dalam memasarkan ideologi Islam.

[1] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3267020153339722&id=100000953077134

[2] Sila pm saya untuk dapatkan pdf-nya

[3] https://www.pewsocialtrends.org/2019/01/17/generation-z-looks-a-lot-like-millennials-on-key-social-and-political-issues/

[4] https://www.google.com/amp/s/www.teenvogue.com/story/how-will-gen-z-vote/amp

[5] https://encore.org/the-generation-gap-and-the-future-of-american-politics/amp/

[6] https://books.google.com.my/books?id=7F-9_zn3z0kC&pg=PA19&lpg=PA19&dq=new+generation+non+partisan&source=bl&ots=b__YszU_Q-&sig=ACfU3U1uwFArogj4GSxsXJoNv9B1hAslZQ&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwiz24PBw_DnAhWl4zgGHQYoD9w4ChDoATAEegQICRAB#v=onepage&q=new%20generation%20non%20partisan&f=false

[7] https://www.oneyoungworld.com/news-item/lead2030-launch

[8] https://www.counterpunch.org/2019/02/15/young-people-lead-the-charge-to-change-the-world/

[9] https://www.ned.org/region/asia/malaysia-2019/

[10] https://www.ned.org/region/asia/malaysia-2018/

[11] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1229480410578763&id=251201991739948

Oleh: MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 28/2/2020

- Advertisement -