Tun M mengadap YDPA sekali lagi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kenderaan rasmi yang membawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat baru sahaja keluar dari Istana Negara pada 11:59 tengahari.

- Advertisement -

Tun Dr Mahathir hari ini sekali lagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pengesahan berhubung tujuan kehadiran Dr Mahathir di Istana Negara masih belum diketahui.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong selesai menemubual ahli Parlimen secara individu pada Selasa dan Rabu susulan kemelut politik negara berikutan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) hilang kuasa.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin mahu mendengar sendiri pandangan setiap Ahli Parlimen dalam mencari penyelesaian terhadap kemelut itu.

Dr Mahathir pada Isnin, meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh serta Pengerusi BERSATU dan beberapa jam kemudian Seri Paduka melantiknya sebagai Perdana Menteri interim. – HARAKAHDAILY 27/2/2020

- Advertisement -