Tiada keperluan pilihan raya negeri Perlis

- Advertisement -

PADANG BESAR: Kerajaan Perlis menyifatkan tiada keperluan diadakan pilihan raya peringkat negeri itu walaupun sekiranya Parlimen dibubarkan.

Menteri Besar Dato’ Seri Azlan Man berkata, Umno dan Barisan Nasional menguasai sembilan daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).

- Advertisement -

Selain itu katanya PAS mempunyai dua Adun, manakala PKR (3) dan Bebas (1).

Katanya tiada sebarang masalah pentadbiran kerajaan Perlis, memandangkan majoriti masih dimiliki BN.

“Kerajaan negeri tidak terjejas di mana ia berbeza dengan apa berlaku di peringkat Persekutuan sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian sijil kepada enam peserta program Superfruits Valley Hutan Simpanan Kekal Rimba Mas di Titi Tinggi, Padang Besar hari ini. – HARAKAHDAILY 27/2/2020

- Advertisement -