Rakyat perit berada di bawah teraju PH

- Advertisement -

TUMPAT: Rakyat di negara ini berharap Malaysia tidak dibayangi pemerintahan didominasi pemimpin bukan Islam yang ekstrem.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, mereka sudah perit menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Pakatan Harapan (PH).

- Advertisement -

“Suasana itu dapat dilihat pada ceramah Muafakat Nasional yang diadakan di seluruh negara dihadiri ramai penduduk tempatan.

“Dengan perkembangan yang berlaku sekarang rakyat hadir untuk memberi sokongan terhadap Muafakat Nasional di samping mengikuti perkembangan semasa,” katanya pada ceramah di Taman Kota Warisan SPP Berangan, dekat sini malam tadi.

Turut hadir Ketua Umno Tumpat Dato’ Zulkifli Abdullah, Adun Galas Mohd Syahbuddin Hashim dan Timbalan Yang Dipertua PAS Tumpat Ustaz Wan Roslan Wan Hamat.

Che Abdullah yang juga Ahli Parlimen Tumpat berkata, masyarakat bukan Melayu tidak pernah disisih di bawah pentadbiran Islam seperti di Kelantan. – HARAKAHDAILY 27/2/2020

- Advertisement -