Kursus Perubatan Islam Darussalam Malaysia

- Advertisement -

Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia (DarusSalam) membuka peluang bagi mereka yang berminat untuk menyertai Kursus Perubatan Islam DarusSalam Malaysia ambilan Generasi Ke-16 yang akan bermula pada 21-22 Mac 2020 di Kuala Lumpur dan pada 10-11 April di Johor Bharu.

Pengajian ini adalah melibatkan setahun pengajian yang bermula dari Kursus Induk 2 hari, 8 siri kuliah bulanan, 3 siri tasmik, bengkel dan 40 sesi praktikal rawatan. Setelah para peserta berjaya menamatkan semua silibus ini, para peserta akan dikurniakan Ijazah Perubatan Islam DarusSalam Malaysia.

Ijazah akan disampaikan oleh Tuan Guru Dato’ Ismail Kamus yang merupakan pengasas dan penasihat DarusSalam Malaysia. Antara kelebihan dan ilmu yang bakal diperolehi sepanjang setahun pengajian ini adalah :

✅ Ilmu dan kefahaman tentang alam jin dengan lebih jelas dan yakin
✅ Dapat membezakan perbezaan perubatan patuh syariah dengan sebaliknya
✅ Ilmu, kefahaman dan kemahiran untuk merawat pelbagai penyakit rohani dan jasmani
✅ Mengenali lebih dalam tentang permasalah sihir, saka, santau, penyakit rohani dan kaedah mengubatinya
✅ Ijazah dan sanad-sanad amalan khas yang jarang diberikan melalui kuliah-kuliah di Masjid.
✅ Dibimbing oleh mushrif sehingga layak menerima ijazah perubatan islam seterusnya menjadi pengamal perubatan untuk berbakti pada masyarakat.

- Advertisement -
Kursus Perubatan Islam Darussalam Malaysia

Sepanjang pengajian ini para peserta akan didedahkan dan diajar dengan ilmu merawat masalah gangguan jin, sihir, saka dan seumpamanya. Para peserta juga akan mempeljari ilmu-ilmu merawat penyakit fizikal dengan kaedah ruqyah dan kombinasi bahan tradisonal.

Lebih bertuah, ilmu-ilmu seperti melembutkan hati, penyersi kasih sayang, pelaris, pendekat jodoh, bayi songsang dan banyak lagi turut diajar di sepanjang pengajian ini. Ijazah amalan bagi amalan-amalan khusus seperti Amalan Kendiri (amalan peruqyah), Istighasah, Yasin Mubin, Hizib-hizib dan lain-lain juga akan diajar.

Syarat-Syarat Penyertaan seperti berikut :
✅ Agama Islam
✅ Bermur 22 tahun dan ke atas
✅ Warganegara Malaysia
✅ Tidak merokok atau berazam akan meninggalkan tabiat merokok.
✅ Tidak mengamalkan ilmu atau amalan yang menyalahi akidah islam.
✅ Boleh membaca al-Quran dengan baik (untuk peringkat praktikal)
✅ Sempurna akal dan pancaindera.

Pengajian ini adalah terhad kepada 200 orang sahaja. Pertanyaan lanjut dan penyertaan boleh dibuat melalui panggilan atau whatsapp di nombor 012-391 3850 / 012-316 5216 atau terus mendaftar secara online di www.kursusperubatan.com

- Advertisement -