Dari PM PH kepada PM lain

- Advertisement -

KETIKA rencana ini ditulis, belum dipastikan kerajaan Pakatan Harapan yang Perdana Menterinya Tun Dr. Mahathir Mohamad disahkan berakhir, tetapi ketika rencana ini tersiar kerajaan PH sepatutnya sudah jadi sejarah.

- Advertisement -

Ketika saya turun dari Permukiman PAS-Umno di Janda Baik 23 Februari itu, saya tidak beroleh apa-apa maklumat tentang perkembangan perubahan politik dan kuasa yang hendak berlaku di Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sama ada saya sudah tiba di Kuala Lumpur atau pun dalam perjalanan pulang dari Janda Baik.

Saya bersama pimpinan tertinggi ke dua parti utama Muafakat Nasional bagi menentukan falsafah pemerintahan menggantikan Pakatan Harapan yang sebelum kokok ayam terakhir tahun 2020.

Ucaptama dua Presiden ta’awun – TG Haji Abdul Hadi Awang dan Dr. Zahid Hamidi -lepas Isyak itu adalah ke arah merangsang menggantikan kerajaan PH.

Secara umumnya pada PRU15 yang bila-bila masa boleh berlaku dalam waktu yang singkat, tidak semestinya selepas Kemuncak APEC November nanti yang cuba dipaksa oleh DS Anwar Ibrahim dan sudah sedia disabarinya selepas Mei akan datang.

Semasa minum petang dan makan malam saya tidak di meja pimpinan utama ta’awun. Saya memilih bersama dengan pemimpin pertengahan Muafakat Nasional. Maka saya menangkap segala perkembangan 24 jam itu di Kuala Lumpur.

Lepas majlis itu kami berfesta makan durian jenis terkelas menyebabkan tidak peduli sangat politik, selain dari mendengar harapan tinggi orang Umno dari seluruh daerah. Masing-masing menganggap kerajaan menunggu tidak mustahil atas peranan politik dalam masa dua tahun lebih ini.

Umno menunggu lebih 20 bulan untuk bangkit dan kembali selepas ini ke Putrajaya, PAS menunggu 70 tahun. Penuh masa kami merangka apa yang hendak ditawarkan kepada rakyat untuk mengambil pemerintahan.

Kami merumus apa yang terbaik yang dikira amat dikehendaki oleh rakyat. Keyakinan semua ialah ia sudah tentu dialu-alukan oleh pengundi terutama mereka amat kecewa atas kegagalan PH membawa perubahan.

Saya ada dengar antara yang menunggu perkembangan ‘esok.’ Tetapi saya tidak bertanya apa yang ‘ditunggu esok’ itu.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pun ada sebut dalam ucapannya. Tetapi Datuk Mohamad Hassan, Timbalan Presiden Umno sebut akan saranan 10 perkara yang Muafakat Nasional sasar untuk menjadi kerajaan menunggu ialah tentang mencapai matlamat kemenangan.

Yang saya kira isyarat yang disampaikannya itu ialah akan mudah saranan 10 perkara itu dicapai kiranya kita dalam kerajaan semasa PRU15 itu.

Saya kira dia menyampai isyarat penting, tentang adanya kerja awal tentang perubahan kuasa yang menekan PM Mahathir itu, bukan penyerahan kuasa kepada Anwar selepas November nanti, tetapi perubahan itu sewajarnya antara Pengerusi Majlis Presiden PH itu dengan rakan-rakan ta’awun yang mewaswaskan Muafakat Nasional.

Gagasan baru Muafakat Nasional adalah membentuk pemerintahan yang PM, Mahathir mungkin bersara. Saya ada dengar DAP menyebut usaha membentuk Pakatan Nasional, kerajaan pintu belakang menggantikan PH. Kemungkinan itu wujud di kayangan. Belum di bumi kita.

Selepas tiba dari Janda Baik itu, isyarat Tok Mohamad Hassan tadi adalah membayangkan apa yang sedang berlaku, dan pada masa ini sepatutnya Putrajaya ada kerajaan baharu.

Politik, demokrasi dan undang-undang benarkan walaupun ia dikira khianat oleh pihak yang hilang kuasa.

- Advertisement -