Bagaimana jika esok MRR buat keputusan?

- Advertisement -

SAYA membaca satu kenyataan media atas nama Anwar Ibrahim rentetan kenyataan Tun Mahathir petang tadi. Kenyataan media tersebut menyatakan begini:

- Advertisement -

“Saya kesal ia belum dapat diselesaikan dan rakyat terpaksa menunggu. Tentunya ketidakstabilan politik akibat perbuatan individu yang hauskan kuasa menyebabkan keresahan rakyat dan memberi impak kepada ekonomi. Cuma, saya agak terkejut apabila keputusan ini hadir sebelum mesyuarat Majlis Raja-Raja yang dijadualkan esok. Adakah kedatangan Tun Mahathir ke Istana Negara pagi tadi untuk mendesak Yang Di-Pertuan Agong untuk membuat pengumuman seperti ini? Sewajarnya kita menanti keputusan selepas mesyuarat Majlis Raja-Raja esok. Berikan mereka ruang untuk berbincang dan membuat keputusan demi masa hadapan negara.”

Walau bagaimanapun kenyataan media ini telah dipadamkan di media sosial. Saya hanya sempat merekodkan dalam laman blog yang lain.

Dalam kenyataan media ini menuduh sekali lagi ketidakstabilan politik yang berlaku hari ini adalah disebabkan perbuatan individu yang hauskan kuasa. Kemungkinan individu yang ditujukan tersebut adalah Tun Mahathir kerana ia turut mempersoalkan kedatangan Tun Mahathir ke Istana Negara pagi tadi untuk mendesak YDPA membuat pengumuman (seperti yang dinyatakan Tun petang tadi). Sememangnya kenyataan media ini cukup melampau kerana membuat andaian prejudis terhadap YDPA.

Sementara itu, kenyataan media ini turut menegaskan bahawa akan menanti keputusan selepas mesyuarat Majlis Raja-Raja esok. Ia turut menyatakan dengan jelas berikan mereka (Majlis Raja-Raja) ruang untuk berbincang dan membuat keputusan demi masa hadapan negara. Satu soalan, bagaimana sekiranya esok Majlis Raja-Raja membuat keputusan tidak perlu membubarkan Parlimen dan memberi peluang kepada mana-mana pihak mengumpulkan kekuatan majoriti untuk mengelakkan berlaku PRU yang dikatakan PH akan membazirkan wang negara?

Dalam tempoh lima hari banyak serangan ditujukan kepada Tun tanpa balas. Pertama ialah cubaan untuk bertemu dengan YDPA pada 24 Februari sepertimana yang dirancang lebih awal oleh Anwar Ibrahim. Kedua, PH beralih sokongan daripada menamakan Tun sebagai PM (24 Februari) kepada Anwar Ibrahim (26 Februari). Terakhir, hari ini kenyataan media menghentam Tun dan mahu keputusan dibuat oleh MRR esok hari. Tun hanya berdiam diri tanpa membalas serangan kepada Anwar Ibrahim. Lebih menarik kita boleh tunggu keputusan MRR esok.

MIOR ISFANDY MIOR AZIZAN – HARAKAHDAILY 27/2/2020

- Advertisement -